"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Thursday, March 24, 2011

Masa itu BERLIAN?

Masa...lebih berharga dari intan permata! Seringkali kita leka dan lalai sehingga tidak sedar bahawa banyak tindakan kita sebenarnya merupakan menjurus kepada pembaziran dari segi masa. Terlalu banyak masa terbazir begitu sahaja sedangkan masa tersebut boleh dimanfaatkan untuk membuat sesuatu perkara yang berfaedah. Cuba kita renungkan 10 situasi di bawah…. 1. Semasa hujan [anda tidak keluar bermain] 2. Semasa menunggu kenderaan. 3. Semasa menunggu rancangan tv yang anda minati bermula. 4. Semasa menaiki kenderaan dalam perjalanan pergi / balik sekolah. 5. Semasa menunggu kedatangan guru / menunggu kelas bermula. 6. Semasa waktu rehat 7. Semasa menunggu sarapan,makan tengahari dan malam. 8. Masa antara selang kuliah / kelas. 9. Semasa menunggu kawan. 10. Sebelum masuk tidur. Alangkah eloknya kalau kita [PELAJAR] dapat menggunakan situasi di atas untuk membaca [terutama nota ringkas], membaca dan menghafal formula serta meneliti gambar rajah. Sudah pasti masa tidak terbuang begitu saja sekaligus pemahaman dan ingatan kita terhadap pelajar semakin kuat. Siapa yang mendapat manfaatnya? Sesungguhnya, masa itu lebih berharga dari intan mahupun berlian. Berbanding dengan intan berlian, masa yang berlalu tidak mampu diputarkan kembali!

Wednesday, March 23, 2011

Menghindari Penat

Kerja... Bebanan kerja yang bertimbun, arahan dari bos dan masalah dari rumah menjadi faktor yang cukup mudah membuatkan seseorang itu letih. Malah tidak kurang yang merasa tertekan. Hal ini sudah pasti akan merencatkan keupayaan dan produktiviti seseorang. Akhirnya...dipanggil mengadap bos! Lagi perit.

Semoga petua berikut mampu membantu anda mengurangkan rasa penat, tertekan sekaligus mampu membangkitkan semangat anda!

1. Berehat sebelum anda penat [jangan pula sampai terlebih rehat]

2. Belajarlah bekerja dengan santai

3. Amalkan 4 kebiasaan berkerja berikut;


a. Bersihkan meja dan pastikan hanya kerja yang perlu segera diselesaikan diletakkan di atas meja

b. Selesaikan kerja mengikut keutamaan

c. Jika ada masalah, selesaikan segera. Jangan menambah beban dengan bertangguh

d. Belajar membentuk, mengagih tugas dan mengawasinya [sistematik]

4. Buatlah suasana kerja menyenangkan [hubungan baik dengan rakan kerja / hiburan seperti muzik dll]

Cuba amalkan, nescaya anda akan melangkah ke tempat kerja dengan lebih bersemangat....

Monday, March 21, 2011

Sedih Dikritik

Sedih Dikritik? Jangan sesekali bersedih jika anda dikritik! Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora! Frasa tersebut amat sesuai menggambarkan bahawa kita manusia memang tidak sempurna. Walaupun kita telah berusaha sebaik mungkin tetapi kesilapan tetap ada. Lebih perit jika usaha jerit perih kita tidak dihargai malah dikritik. Pasti kita berasa sedih dan kecewa. Apapun, janganlah bersedih. Berikut ialah tips untuk mengelakkan rasa sedih, pedih, luka dan kecewa bila dikritik 1. Kritikan yang tidak jujur dan melulu merupakan pujian tersembunyi. Kejayaan anda [sebenarnya] telah membangkitkan rasa tidak senang dan iri hati pihak yang satu lagi. Jadi, jangan kecewa. Ingatlah, tidak ada orang yang menyepak anjing mati. 2. Lakukan yang terbaik, biar tidak ada 'ruang dan peluang' untuk orang lain mengkritik atau mengutuk hasil kerja anda. Kembangkan payung agar hujan kritik tidak mengalir ke tengkuk dan membasahi tubuh anda. 3. Senaraikan "kebodohan" / kelemahan diri dan kritiklah diri. Kemudian, belajarlah berusaha mengawal diri. Ingatlah, tidak ada manusia yang sempurna! Jangan pernah kecewa dengan diri sendiri...bye!!!

Saturday, March 19, 2011

Mengusir Sedih... SEDIH! Semua manusia pernah / sedang atau akan melalui salah satu fasa hidup bernama sedih. Masalah kerja, kewangan, rumahtangga, percintaan atau konflik, semuanya mengundangkan kesedihan. Tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan, begitu juga hati manusia. Namun perlukah masa kita yang amat berharga ini disia-siakan dengan memendam kesedihan hati? Berikut ialah 6 TEKNIK yang boleh dipraktikkan untuk mengatasi kesedihan hati. Cuba...tidak rugi berusaha! 1. Jadikanlah diri anda sibuk- lakukan kerja / keluar bersama teman. 2. Jangan terlalu memikirkan perkara kecil/remeh sehingga mengganggu ketenangan anda. 3. Gunakan hukum alam. Tanyalah ”Apakah kemungkinan yang jarang boleh terjadi?” 4. Terimalah kenyataan dan sesuaikan diri. Katakanlah...’memang demikian seharusnya’. Jika anda sudah mampu menerima kenyataan, anda akan lebih tenang 5. Tentukan ’had kerugian’ daripada kesedihan dan kebimbangan tersebut. Anda akan rasa kerugian jika ‘mencuri masa’ yang bernilai ini hanya menangisi kesedihan hati. 6. Biarkan masa lalu berkubur bersama waktu yang telah lama dan ’jangan menggergaji serbuk gergaji’ [melakukan perkara yang sia-sia]. Hidup ini terlalu berharga untuk dipersiakan!!!

Friday, March 18, 2011

Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia terkini

Mula berkhidmat :3 April 2009

Ahli Parlimen: Pekan, Pahang(P85)

Tarikh lahir: 23 Julai 1953 (umur 57)

Tempat lahir: Kuala Lipis, Pahang

Parti politik: BN-UMNO

Pasangan:
i. Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar (cerai)
ii. Rosmah binti Mansor

Anak: 5

Agama: Islam

YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi selatan.

Latar belakang
Dato' Seri Najib lahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.
Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Pendidikan
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Politik
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
• 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
• 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
• 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
• 1982-1986 - Menteri Besar Pahang
• 1986-1987 - Kementerian Belia dan SukanMenteri Kebudayaan, Belia & Sukan
• 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
• 1995-1999 - Menteri Pendidikan

Semasa menjawat Perdana Menteri
Selepas menjawat jawatan perdana menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009, beliau telah melancarkan kempen Satu Malaysia, sebuah gagasan yang menepati definisi setiap rakyat Malaysia tanpa membezakan warna kulit, keturunan, agama dan latar belakang.Beliau memperkenalkan beberapa langkah drastik tetapi populis iaitu dengan menghapuskan dasar (PPSMI) sebagai langkah mendengar keluhan rakyat apabila dasar yang diamalkan sejak 2003 itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak, dan Biasiswa Nasional di dalam memenuhi keperluan tajaan pendidikan untuk pelajar cemerlang daripada semua kaum.[13]

Gagasan 1 Malaysia
Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009. Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Parti politik Gagasan One Israel dan ada juga ura-ura DAP yang cuba mengalihkan perhatian dengan retorik 'Middle Malaysia" yang dikatakan sama seperti 1 Malaysia.
Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.

Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.
Sumber: Wikipedia

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Biodata peribadi
Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam[2]. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.
Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.
Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.

Kerjaya dan politik
Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:
• Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
• Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
• Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
• Menteri Pelajaran (1984-86)
• Menteri Pertahanan (1986-87)
• Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).
*Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban.
* Digelar "Bapa Pembangunan Modal Insan'.

Garis masa
• 1939: Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November.
• 1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya; menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).
• 1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.
• 1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia (sehingga 1971).
• 1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (sehingga 1973).
• 1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
• 1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).
• 1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.
• 1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1981).
• 1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1984).
• 1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden UMNO sehingga 1990.
• 1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).
• 1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.
• 1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).
• 1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).
• 1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO.
• 1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
• 1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
• 2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei.
• 2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober.
• 2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.
• 2005 9UMUR 66): Menjadi Pengerusi
• 2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.
• 2008 (umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan kuasa tetapi tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.
• 2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO pada 8 Oktober.
Sumber: Wikipedia

Tun Mahathir Mohamad

Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir bin Mohamad

Perdana Menteri Malaysia ke-4

Tempoh berjawat : 16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003

Tarikh lahir: 20 Disember 1925 (umur 85)

Tempat lahir: Alor Star, Kedah Darul Aman

Parti politik: UMNO

Pasangan: Dr. Siti Hasmah

Pekerjaan: Doktor

Agama: Islam

Latar Belakang
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya, Mohamad Iskandar, adalah berbangsa India, anak kepada seorang Malayalee Muslim (yang berasal dari [Kerala], India) dan ibunya berbangsa Melayu. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah laki-laki melayu di seberang Perak, Alor Setar untuk tempoh 2 tahun sebelum menyambung di sekolah kerajaan beraliran Inggeris di Alor Setar iaitu di Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari dituduh bersifat kronisme seperti pemerintah-pemerintah lain di dunia.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka berterus-terang dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima ramai.
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia atas jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

Pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES), kini Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.

Kerjaya dan keluarga
Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau ialah :
• Marina Mahathir
• Mirzan Mahathir
• Melinda Mahathir
• Mokhzani Mahathir
• Mukhriz Mahathir
• Maizura
• Mazhar
Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.
Kini blog beliau terletak di http://www.chedet.cc/.

Garis masa
• 1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.
• 1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.
• 1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
• 1953: Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan King Edward (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;
• 1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Star, Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.
• 1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik di Alor Setar.
• 1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.
• 1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.
• 1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
• 1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina" apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi dalam pilihanraya;
o Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;
o Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.
• 1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak.
• 1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;
o Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA).
• 1973: Dilantik sebagai senator.
• 1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;
o Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding;
o Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.
• 1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas memenangi dengan majoriti sebanyak 47 undi.
• 1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
• 1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada 15 September;
o Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);
• 1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;
o Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping memegang jawatan Perdana Menteri;
o Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi pemulauan barang UK ("Buy British Last");
o Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;
o Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;
o Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma)
o Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia.
• 1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan, supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-masing;
o Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.
• 1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 27 Februari;
o Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia;
o Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang jawatan Perdana Menteri;
o Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan rasmi Chaim Herzog, Presiden negara Israel.
• 1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;
o Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.
• 1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Salleh Abas kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh Makhamah Tinggi);
• 1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri.
• 1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;
o Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas peristiwa Douglas Gomez;
o Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC.
• 1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi Krisis Kewangan Asia 1997.
• 1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan dalam UMNO pada 2 September;
o Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat dan penyalahgunaan kuasanya; Anwar dihadapkan ke mahkamah pada 2 November;
o Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di Persidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia.
o Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri;
o Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion;
o Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia;
o Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.
• 1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997;
o Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia.
• 2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri.
• 2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;
o Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan.
• 2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama perkhidmatannya;
o Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.
• 2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk Seri Utama".
Sumber: Wikipedia

Tun Hussein Onn

Perdana Menteri ke-3

Tempoh perkhidmatan: 15 Januari 1976 - 16 Julai 1981

Timbalan Dr. Mahathir Mohamad
(1976 - 1981)

Parti politik: UMNO

Tarikh lahir: 12 Februari 1922

Tempat lahir: Johor Bahru, Johor

Pekerjaan: Peguam

Agama: Islam


Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

Masa muda
Dilahirkan di Johor Bahru, Hussein Onn adalah anakanda kepada Dato' Onn Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Bondanya Datin Halimah Hussein.
Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini digelar "Maktab Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik Hussein Onn sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.
Hussein Onn pulang ke Malaysia pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Pada tahun berikut, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Hussein Onn kemudian ditugaskan untuk bekerja di negeri Selangor, di mana beliau menjadi pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.

Pendidikan
English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge. 1940 - Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India. 1958 - Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln's Inn, London.

Kerjaya politik
Hussein Onn yang berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai semangat nasionalisme dan akar politik yang mendalam, kemudian meletakkan jawatan perkhidmatan awam untuk menyertai politik. Pada tahun 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha Agung. Bagaimanapun, Hussein Onn meninggalkan UMNO pada tahun 1951 untuk menyertai Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang ditubuhkan oleh ayahandanya.
Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, Hussein Onn pergi ke London untuk belajar undang-undang di Lincoln's Inn dan berjaya melayakkan diri sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958. Beliau pulang ke Malaya sebagai seorang peguam bertauliah dan bekerja di Kuala Lumpur.

Garis masa
• 1922: Dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari.
• 1942 (umur 20): Terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq.
• 1945 (umur 23): Pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru.
• 1946 (umur 24): Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO.
• 1950 (umur 28): Dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama; juga dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
• 1951 (umur 29): Menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP) dan kemudiannya Parti Negara.
• 1958 (umur 36): Mendapat ijazah undang-undang di Lincoln's Inn, England.
• 1964 (umur 42): Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak, Yang DiPertua UMNO
• 1969 (umur 47): Dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertiggi UMNO) pada Jun.
• 1970 (umur 48): Menjadi Menteri Pelajaran pada September.
• 1972 (umur 50): Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO
• 1973 (umur 51): Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8 Ogos oleh Majlis Tertinggi UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos dan memegang portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
• 1976 (umur 54): Disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO berikutan kematian Tun Razak. Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari.
• 1978 (umur 56): Menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding.
• 1981 (umur 59): Menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri negara pada Julai 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.
• 1990 (umur 68): Pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.
Sumber: Wikipedia

Tun Abdul Razak Hussein

Jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-2

Tempoh perkhidmatan: 01 September 1970 - 14 Januari 1976

Timbalan Tun Ismail Dato' Abdul Rahman (1970 - 1973)
Tun Hussein Dato' Onn (1973 - 1976)

Parti politik: UMNO

Tarikh lahir: 11 Mac 1922

Tempat lahir: Pekan, Pahang

Pekerjaan: Peguam

Agama: Islam

Anak: 5 orang

Allahyaraham Tun Haji Abdul Razak Al-Haj bin Dato' Haji Hussein Al-Haj (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

Kehidupan peribadi
Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.
Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri ketiga. Anak sulungnya, Dato' Seri Mohamed Najib bin Tun Haji Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam menggantikan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

Pendidikan
Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.
Selepas peperangan, Abdul Razak pergi ke United Kingdom of Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Bersamping itu, Abdul Razak juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya. Pada tahun 1950, Abdul Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.

Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEP) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEP menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada akhirnya:
• menghapuskan kemiskinan; dan
• menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.

Garis masa
• 1922: Dilahirkan di Pekan, Pahang pada 11 Mac.
• 1934 (umur 12): Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
• 1947 (umur 25): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di England.
• 1950 (umur 28): Menerima ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn. Sekembali ke tanah air, beliau menyertai Perkhidmatan Awam dan juga dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.
• 1951 (umur 29): Dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno.
• 1952 (umur 30): Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
• 1955 (umur 33): Menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Bila Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum pertama pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.
• 1956 (umur 34): Berada di London sekali lagi bersama Tunku Abdul Rahman, kali ini sebagai anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.
• 1957 (umur 35): Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar.
• 1969 (umur 47): Selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas pilihan raya tahun, keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai ketuanya.
• 1970 (umur 48): Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua pada September, selepas Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan. Beliau memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada pertengahan tahun untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan negara yang lebih saksama.
• 1972 (umur 50): Menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang tersingkir pada 1969, kembali ke pangkuan Umno.
• 1976 (umur 54): Meninggal dunia akibat leukemia di London pada Januari. Dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Sumber: Wikipedia

Tunku Abdul Rahman

Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj


Tempoh berjawat: 31 Ogos 1957 – 22 September 1970

Tarikh lahir: 8 Februari 1903

Tempat lahir: Alor Star, Kedah, British Malaya

Meninggal 6 Disember 1990 (umur 87)
Kuala Lumpur, Malaysia

Parti politik: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Parti Perikatan/National Front

Pasangan
i. Meriam Chong (1933 – 1935)
ii. Violet Coulson (1935 – 1946)
iii. Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 – 1990)

Pekerjaan: Peguam

Agama: Islam

Sepintas Lalu
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Kerjaya politik
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.
Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.

Laluan ke kemerdekaan
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!"

Garis masa
• 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
* 1909 (umur 6 tahun):Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar.
• 1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
• 1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
• 1919 (umur 16): Belajar di England.
• 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
• 1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
• 1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.
• 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
• 1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
• 1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
• 1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
• 1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
• 1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
• 1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
• 1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
• 1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
• 1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
• 1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian * 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.
• 1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
• 1946: Menyertai UMNO.
• 1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.
• 1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
• 1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.
• 1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
• 1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
• 1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).
• 1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
• 1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
• 1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
• 1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations.
• 1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
• 1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
• 1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
• 1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.
Sumber: Wikipedia

Monday, March 14, 2011

Mulai ka pengingat


Pelaba aku, mayuh bala kitai enda ngelala buah tu. Buah nama kini? Tepulai pengingat maya sekula suba...selalu amat makai buah tu ba tisi Klinik SRKUK. Laban menua ke jauh ari pasar, jarang nemu roti, tak semua buah kayu ke tau diempa sigi diempa. Maya musim buah rutan enggau buah semambu, sunyi sekula enti maya udah abis belajar tengah hari. Nyin...ba madang getah seberai sekula din endur bala betiki ke buah rutan enggau buah semambu. Ukai tak niki pun rutan enggau semambu ke beduri nya wai, tang niki ari kayu ke besemak enggau pun rutan / semambu nya tadi...anang saru wai. Suah mega ketawaka pangan diri meda ngeli nyau betegar laban getah buah rutan enggau buah semambu nya tadi...dua tiga hari udah nya, ngeli sigi agi betegar laban enda ulih berus sengapa.hehehe...Dini meh bala bakih ke selalu enggau begigaka buah uchung/belimbing enggau langgu embawang suba?
Gambar buah ara.

Senarai Institut Pendidikan Guru

Berikut ialah senarai IPG di Malaysia

1. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

2. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa

3. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak

4. Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

5. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail

6. Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah

7. Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

8. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak

9. Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah

10. Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

11. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan

12. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu

13. Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

14. Institut Pendidikan Guru Kampus Persekutuan Pulau Pinang

15. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

16. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

17. Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Sarawak

18. Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, N9

19. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri

20. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

21. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

22. Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah

23. Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim

24. Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

25. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

26. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn

Senarai IPTA di Malaysia

Saya percaya, rata-rata mereka yang bergelar pelajar pernah / sedang dan selalu memasang impian ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading. Dan saya yakin, hampir semua pelajar kita ingin merasa 'glamour'nya bergelar siswa dan siswi.

Adik-adik yang bergelar pelajar, peluang melanjutkan pelajaran ke universiti terbentang luas dengan wujudnya beberapa universiti awam yang baru, menambahkan jumlah IPTA yang sudah sedia ada di negara kita. Kini, segalanya terpulang kepada anda sama ada merebut peluang tersebut atau sekadar menjadi penonton yang menyaksikan rakan-rakan lain melangkah penuh gagah untuk bergelar graduan.

Berikut disenaraikan IPTA yang terdapat di negara kita.

1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur

2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor

3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor

4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang

7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL

8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah

9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak

10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah

11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak

12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9

13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor

14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu

15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor

16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka

17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis

18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu

19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan

20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL

Pilihan di tangan anda, jadi...pilihlah untuk BERJAYA!

Sunday, March 13, 2011

Rahsia Bulan Kelahiran

Salam penuh kerinduan buat semua pembaca yang setia. Kita sudahpun sampai di rencana terakhir dalam siri Rahsia Bulan Kelahiran.

NOVEMBER
Sifat Positif

- Banyak idea dalam perkara.
- Berfikiran kehadapan
- Berfikiran unik dan bijak
- Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
- Pemikiran /otak yang tajam
- Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
- Sesuai jadi seorang doktor
- Cermat dan teliti
- Personaliti yang dinamik
- Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
- Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
- Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
- Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya
- Tak suka marah kecuali digugat
- Mudah ambil berat terhadap orang lain
- Pandai muhasabah / mendorong diri
- Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu
- Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik
- Suka duduk di rumah
- Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
- Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
- Bercita-cita tinggi


Sifat Negatif
- Perangai tidak dapat diramal/ mudah berubah-ubah
- Tidak mahir mengawal emosi
- Tidak pasti dengan hubungan kasih saying
- Tidak menghargi pujian
- Tidak suka marah kesuali digugat
- Degil dank eras hati



DISEMBER
Sifat Positif
- Sangat setia dan pemurah.
- Bersifat patriotik
- Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
- Bercita-cita tinggi
- Seronok bila didampingi
- Suka bercampur dengan orang
- Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai
- Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
- Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi
- Benci pada kongkongan
- Suka berlawak
- Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Sifat Negatif
- Perangai mudah berubah-rubah
- Cepat marah
- Suka menjadi orang berpengaruh
- Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa

Artikel ini merupakan siri akhir dalam tajuk Rahsia Bulan Kelahiran. Sekali diingatkan artikel ini tidak semestinya tepat 100%. Apapun, sebagai empunya badan, kitalah yang menentukan siapa diri kita. Setiap tutur kata dan tindakan kita menjadi cemin peribadi yang dinilai oleh orang sekeliling. Akhir kata, jaga diri hiasi peribadi…klisenya ayat ni hehe….

Rahsia Bulan Kelahiran [Siri 5]

Salam sejatera…semoga pambaca semua sihat walafiat dan sukses dalam kerjaya masing-masing. Jom kita sambung semula kupasan tentang rahsia di sebalik bulan kelahiran

SEPTEMBER
Sifat Positif

- Sangat bersopan santun & bertolak ansur
- Sangat cermat, teliti & teratur
- Pendiam tapi pandai bercakap
- Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
- Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
- Kerja yang dilakukan sangat sempurna
- Orang yang banyak berfikir
- Daya pentaakulan yang baik
- Otak bijak & mudah belajar
- Suka mencari maklumat
- Pandai mendorong diri sendiri
- Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia
- Suka sukan, hiburan & melancong
- Bersistematik

Sifat Negatif
- Kurang menunjukkan perasaannya
- Terluka hatinya sangat lama disimpan
- Terlalu memilih pasangan
- Sangat sensitif yang tidak diketahui
- Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik



OKTOBER
Sifat Positif
- Suka berbual
- Suka orang yang sayang padanya
- Suka ambil jalan tengah
- Sangat menawan & sopan santun
- Kecantikan luar & dalam
- Tidak pandai berbohong & berpura-pura
- Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan
- Sentiasa berkawan
- Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
- Suka melihat dari perspektifnya sendiri
- Suka berangan & pandai bercakap
- Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
- Suka melancong, bidang sastera & seni
- Pengasih, penyayang & lemah lembut
- Romantik dalam percintaan
- Ambil berat tentang orang lain
- Suka kegiatan luar
- orang yang adil.

Sifat Negatif
- Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
- Mudah patah semangat
- Hati / emosi mudah terusik
- Agak kuat cemburu
- Emoasi kelam kabut
- Macam pentingkan diri sendiri [Suka melihat dari perspektifnya sendiri]
- Tidak menolong orang kecuali diminta
- Mudah marah

sekian untuk kali ini. sampai bertemu lagi di lain artikel.

Teknik Membuatkan Orang Suka Kepada Kita

Siapa yang tidak seronok jika dirinya disukai, disenangi dan dikelilingi ramai kawan. Tetapi, masalahnya ialah bagaimana kita nak jadikan orang suka kepada kita? Nak tahu rahsianya....

Berikut ialah cara yang boleh kita amalkan untuk membuatkan orang lain suka kepada kita. Tak percaya?... cuba amalkan.

1.Berikan perhatian yang ikhlas kepada orang lain – keikhlasan hati adalah senjata paling ampuh untuk membuatkan diri kita disenangi orang lain. Bantulah mereka yang memerlukan dengan hati yang ikhlas. Buangkan sikap hipokrit atau suka berpura-pura.

2. Tersenyumlah – senyuman adalah permulaan segalanya termasuk perkenalan, persahabatan, percintaan dan sebagainya. Senyum itu juga penawar kedukaan. jadi, bermurahlah dengan senyuman kerana dengan secebis senyuman ikhlas, anda akan disenangi.

3. Ingatlah nama seseorang itu – penting untuk kita mengingat nama seseorang. Orang lain akan teruja jika kita mengingati namanya meskipun sudah lama tidak bersua atau jarang berjumpa. Lebih baik jika kita mampu mengingati serba sedikit tentang latar belakangnya.

4. Jadilah pendengar yang baik – ramai di antara kita dambakan seseorang yang mampu menjadi pendengar yang baik untuk kita luahkan segala yang terbuku di hati. Nah! Jadilah pendengar yang baik, jika perlu, berikan sedikit nasihat [jangan sampai ke tahap busy body].

5. Perkatakanlah sesuatu yang digemari oleh orang lain – Cara ini akan membuatkan seseorang itu rasa teruja untuk berbual dan rapat dengan anda. Percayalah, setiap individu suka dirinya menjadi pusat perhatian. Jadi, mulakan perbualan dengan membawa topik yang digemarinya contohnya minat dan kejayaannya.

6. Buatlah agar orang lain berasa penting dan lakukan itu secara ikhlas - Jangan sekali-kali mengabaikan orang di sekeliling anda. Tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, buatlah mereka berasa penting. Libatkan mereka dalam program atau projek tertentu agar mereka berasa diri mereka 'berharga' dan diperlukan.

7. Jangan cari musuh / jangan cari gaduh - berhati-hati dalam tindakan kita agar tidak ada hati yang terluka dan bersabarlah dalam menangani setiap permasalahan atau konflik. Sikap terburu-buru dan mudah melenting hanya akan mewujudkan tembok dalam perhubungan.

Renung-renungkan dan selamat mencuba.

Prinsip Asas Berdepan Dengan Orang Lain

Membaca adalah salah satu hobi yang amat menguntungkan. Biasanya masa terluang saya isikan dengan membaca [kalau tidak menonton tv, melayari internet, jungle tracking, berkebun dan melancong].

Melalui pembacaan, kita bukan sahaja akan menambahkan ilmu pengetahuan, mengasah minda untuk berfikir secara kritis dan kreatif malah mampu meluaskan persepi kita terhadap sesuatu perkara [membolehkan kita melihat sesuatu perkara itu dari perspektif yang berbeza].

Dalam artikel berikut, saya akan senaraikan ringkasan hasil pembacaan saya. Semoga artikel ringkas tersebut dapat memberi manfaat kepada anda, pembaca yang disayangi.

Prinsip Asas Berdepan Dengan Seseorang
1. Jangan mengkritik, menghukum atau merungut
Elakkan daripada mengkritik secara keterlaluan kerana kritikan itu biasanya mengundang rasa tidak puas hati individu yang dikritik. Gunakan bahasa yang sopan dan tutur kata yang lembut.
Elakkan daripada terlalu mudah menjatuhkan ’hukuman’ terhadap orang lain tanpa mengetahui duduk perkara yang sebenar.
Elakkan tabiat suka merungut bila diberi tugasan atau dihadapkan dengan situasi di luar jangkaan. Cuba bersabar dan biasakan diri.

2. Berikan penghargaan yang ihklas dan murni
Biasakan diri bersifat jujur dan ikhlas. Pujilah kelebihan / kejayaan orang lain dengan ihklas dan bukannya bersalut rasa cemburu / iri hati. Tidak ada manusia yang suka kepada individu yang hipokrit.

3. Bangkitkan keinginan yang membara dalam diri orang lain.
Perkara ini amat senang bagi mereka yang berperangai ‘mesra alam’. Jauhkan rasa dan reaksi tidak selesa kita bila berhadapan dengan orang lain. Kata-kata yang ikhlas dan penuh diplomasi mudah membangkitkan rasa senang individu lain yang berada di sekeliling kita. Tuturkanlah kata-kata yang sopan, penuh prihatin dan perangsang, nescaya anda akan disukai.

Tuesday, March 8, 2011

Pengingat Lama

Maya ke duduk tegenung meda mua hari ke majak chelum, pengingat aku terebai ngagai kenang maya agi biak suba. Rambau nya suba, ati sigi rindu. Penusah nadai kala besarang ba pala. Indah enda munyi ko jaku orang, makai tinduk enggau bemain aja ke ditemu.

Lebuh runding nikal ngagai pengujung tahun 70-an ngagai 80-an, ati berasai sinu. Bala bakih ke sama serambau nyau jarang enggau betemu. Betemu pan semina maya gawai tauka bisi pengawa besai ba rumah panjai. Enti enda pia, sigi nadai bepeda mua. Sama bela majakka diri gawa / kereja ngiga anak belanja.

Maya nya suba, nyau ka tiap lemai kami main 'beperang' ba dalam kawasan kandang sapi [pemesai bisi dua kilometer persegi]. Abis madang kemunting, madang teka ukui enggau paku kubok endur belalai ka 'munsuh'. Pedang kayu sigi ditangkin belama kena ngelaban munsuh. Tai sapi ke bejumboh sigi nadai dikenangi.

Puaska 'beperang', abis ga ruai endur main gagai, main baching, main selingkut, enggau main gasing [gaga ari leka buah teras tauka leka embawang]. Suah mega ke dianu bala orang tuai laban geladak ruai nyau munyika tebabak laban rejat kaki bala ke belanda. Ukai sekali dua ke deka dipalu bala sida ini ngena engkuit laban ke chapuh begagai sebelah ruai.

Enti maya mandi ke pendai, sigi enda pulih enti apin dikangau ka orang. Biar mata mirah, mulut nyau puchat lalu dagu nyau gegutak laban ke kelalu chelap, tang pengerindu begulai enggau bala pangan serambau sigi nadai alai manding.

Lebuh musim jambu bebuah, suah mega bala kami kisuk begagaka setik kena nyetik burung ke mayuh nutu bunga jambu. Lalu enti maya pisang bisi bebuah, abis tungkul pisang nya disilakka, ngambi asai manis ba tungkul pisang. Buah lemba, buah teka ukui, buah pak enggau buah kemunting sigi nyadi ke 'snek' maya nya laban menua ke jauh ari pasar.

Maya musim kemarau, sungai ke mit-mit nyau langkang. Nya meh maya bala nurun empulut. Sigi ransing ati kelebih agi enti maya bulih. Gegendai pulai ke rumah, beguai mantai ka ulih diri ngagai sida apai enggau indai.

Bisi maya nya, bala besemaia mai malun ikan [ngena kibung]. Amat tak renga bala ikan enti bala nurun malun laban ikan besai tauka ikan mit sigi ulih magang. Diatu baru nemu, pengawa malun tu enda manah laban tau ngasuh sungai kusi ikan.

Enti maya bumai, sigi rindu bemain sebelah tegalan kelebih agi enti umai baru udah ditunu. Rindu begagai ka buntak, rindu bekumpulka kulat amau enggau kulat buluh. Kadang-kadang bisi tetemuka tinduh ba pun aping ke udah ditebang serta setengah angus empa api maya nunu.

Suah mega enggau bala menyadi ngetan bubu tauka ensenga ba sebelah sungai tisi umai. Enti nasib manah, kadang-kadang bulih anak lelabi. Kelimpah ari nya, suah mega kami menyadi nangkap anak muri [emburi / memuri]. Enti maya padi udah nyadi, sudah sida apai turun ngiga buntak. Maya ke bulih, sigi tak meretik munyi buntak disimpan dalam kambut tauka kibut.

Aku mega kala enggau orang nyuluh, nyagang tauka ngiga pama. Laban ke bisi endar ngembuan pemuyan bejalai malam sebelah babas [malu nyebut], penurun aku enggau bala nyuluh sigi ulih tiap enggau jari aja. Pia mega ba pengawa ngasu, sigi berat-rat sida apai sida indai enda ngasuh enggau urang. Enggaika enda tetitihka urang tauka enggaika peluru tesat. Nya alai, diatu aku beasai amat rugi laban nadai pengingat senentang pengawa ngasu.

Laban ke nyau besekula, mayuh amat pengawa di rumah panjai dilengka ka. Tambahka jarang pulai ke rumah ketegal sekula ke jauh, ngujungka pengeregas ngereja pengawa ba rumah panjai nyau majak kurang. Bala bakih pan nyau udah bisi ruang bilik magang-magang, bisi nya nyau diau di menegri tauka bebini ke menua bukai.

Diatu, semua nya nyau tinggal pengingat aja. Mayuh anembiak rebak baru enda nemu bansa pemakai enggau main asal rumah panjai. Sida lebih nemu cherita tv, main komputer, play station, betalipun binching. Ukai nyalah anembiak baru ke diatu, tang nya meh tanda ubah singkang pemansang. Semina jauh ba lubuk ati, berasai sinu ngenang mayuh pengawa rama enggau main ba rumah panjai udah 'dilengka'.

Monday, March 7, 2011

Zodiak vs Kesetiaan

Ramai yang berpendapat Zodiak mencerminkan sifat keperibadian seseorang sama ada dalam perhubungan mahupun perkara lain. Artikel ringkas di bawah mengupas hubungan ZODIAK dengan KESETIAAN seseorang dalam bercinta. Tidak semestinya betul, harus salah. Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak...

CAPRICON [23 Disember - 20 Januari]
* Suka merancang dan befikir tentang perancangan tersebut sehingga masa terbazir begitu sahaja sedangkan hubungan tidak ke mana. Suka membataskan diri dalam pergaulan dengan zodiak lain sehingga menyebabkan beberapa zodiak lain suka untuk rapat.

AQUARIUS [21 Januari - Februari]
* Bukan jenis individu yang suka curang dalam perhubungan TETAPI sanggup bertindak radikal dengan berlaku curang untuk memutuskan hubungan dengan pasangan yang tidak sama aliran pemikiran dengannya. Individu ini kadangkala suka mengelakkan komitmetn yang melibatkan emosi.

PISCES [20 Februari - 20 Mac]
* Maaf! Sukar untuk ungkapkan ayat yang satu ini...individu dalam kelompok zodiak ini dianggap sebagai mereka yang suka curang tetapi mengaku setia. Merupakan individu yang romantis tetapi mudah curang dan beralih arah kepada pasangan lain.

ARIES [21 Mac - 20 April]
* Wow! Keghairahan terhadap sesuatu pehubungan sangat membuak-buak. Oleh itu, pasangan zodiak ini harus sentiasa memantau 'bukan mengontrol' pergerakan dan sikap pasangannya. Individu ini seorang yang hangat dalam hubungan.

TAURUS [21 April - 20 Mei]
* Tabik! Anda seorang yang sangat setia dalam perhubungan. Walau bagaimanapun, sesetengah zodiak menganggap individu sebagai membosankan kerana terlalu berhati-hati dalam perhubungan.

GEMINI [21 Mei - 20 Jun]
* Individu Gemini merupakan orang yang suka diberikan perhatian sehingga harus dimanja selalu agar tidak berpaling kepada orang lain. Pasangan zodiak ini harus berhati-hati kerana pemilik zodiak ini mudah berubah.

CANCER [20 Jun - 22 Julai]
* Pasangan yang sangat setia, suka duduk di rumah dan memberikan perhatian serta belaian kepada pasangan. Sangat berhati-hati kerana takut terluka mahupun melukai orang lain. Walau bagaimanapun, sesetengah zodiak sukar untuk mendekati zodiak ini.

LEO [23 Julai - 22 Ogos]
* Pemilik zodiak ini merupakan seorang yang setia tetapi egois. Apa-apapun, bagi zodiak tertentu, individu ini sangat menawan kerana sikapnya yang mudah mengalah.

VIRGO [23 Ogos - 22 September]
* Individu dalam kelompok zodiak ini sangat berhati-hati dalam memilih pasangan malah kadang kala agak cerewet dalam menilai pasangan.

LIBRA [23 September - 22 Oktober]
* Individu Libra sukar untuk menentukan pilihan. Bagi sesetengah zodiak, mereka menganggap individu Libra ini penuh rahsia dan sukar difahami kerana sukar mempamerkan emosi mahupun rasa cinta.

SCORPIO [23 Oktober - 22 November]
* Dianggap sebagai pencinta ulung! Tidak membiarkan godaan dan perhatian berlalu begitu sahaja. Gemar memberi tindak balas dan ekspresif! Pasangan harus berhati-hati takut-takut perhatiannya terarah kepada godaan lain.

SAGITARIUS [23 November - 22 Disember]
* Bahaya! Individu ini mudah tergoda dan beralih arah kepada orang lain. Pasangan zodiak ini perlu waspada terhadap persekitaran agar pasangannya tidak berpaling kepada yang lain.

Haha....ingat, semua yang tertulis di sini tidak semestinya betul dan harus salah. Fikir-fikirkan......

Thursday, March 3, 2011

Mesti Baca: Resipi Orang Berjaya

Berikut saya kongsikan "resipi orang berjaya" setelah membaca buku popular iaitu Seven Habits of Highly Effective People oleh Stephen R. Covey

1. Bertanggung jawab pada diri sendiri.
Tanggung jawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar

2. Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya.
Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda. Jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda.

3. Dahulukan mana yang penting.
Lakukanlah dulu keutamaan-keutamaan yang telah anda tentukan sendiri. Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu apa yang telah anda tetapkan.

4. Anggap anda berada dalam "win-win situation".
Anggaplah rakan anda yang banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas.

5. Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda.
Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik dengan guru, misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu untuk menyiapkan kerja, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut.

6. Cari penyelesaian yang lebih baik.
Apabila anda tidak memahami tajuk yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut. Cuba cara lain pula. Misalnya, bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau dengan guru pembimbing (mentor) kamu. Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik.

7. Cabar diri sendiri secara berkesinambungan.
Dengan cara ini, pelajar akan terasa mengasyikkan, dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang.

Cubalah....

Strategi Belajar Berkesan

Kebanyakan pelajar, yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka. Berikut disenaraikan teknik dan startegi belajar yang berkesan. Mudah-mudahan dapat menjadi panduan kepada anda semua.

1. Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.

2. Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.

3. Pilihlah masa untuk mengulangkaji sewaktu semangat belajar di tahap maksimum.

4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga harus bertolak ansur dalammemberi ruang untuk anda belajar.

5. Nota yang telah dibuat hendaklah diulangkaji pada hari yang sama.

6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.

7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.

8. Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan.



Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :

1. Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" untuk belajar.

2. Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir peperiksaan.

3. Mengganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.

4. Belajar semata-mata untuk peperiksaan.

12 Strategi Belajar

Ramai di antara kita yang rajin belajar. Pantang ada masa lapang, semuanya diisi dengan menelaah buku pelajaran. Namun ramai juga yang mengeluh. Segala yang dibaca tidak melekat di minda. Apa dah jadi? Artikel ini akan cuba menyenaraikan secara ringkas 12 strategi belajar yang sepatutnya ada pada semua orang khususnya mereka yang bergelar penuntut.

1. Pelajar Dan Pembelajaran
Pelajar perlulah mengetahui apakah tujuan mereka belajar iaitu sama ada untuk mendapatkan ilmu dan kecermerlangan ataupun belajar kerana mengikut rakan-rakan sahaja.Dengan ini para pelajar akan sedar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

2. Pengurusan Diri
Para pelajar mestilah boleh menguruskan diri sendiri serta menyesuaikan diri dengan persekitaran persekolahan dan pembelajaran yang stabil. Pelajar perlu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menyeronokkan untuk menuntut ilmu.

3. Mengurus Masa
Pelajar mesti berupaya menjadualkan masa untuk belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan ko-kurikulum, menonton televisyen dan sebagainya. Pelajar juga mestilah berkebolehan mengingati sesuatu dalam jangka masa yang lebih panjang.

4. Kemahiran Merancang
Kemahiran merancang semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa yang telah dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan tujuan yang positif.

5. Kemahiran Berfikir
Untuk menjadi pelajar yang berjaya, pelajar mesti berfikiran secara kritis dan positif. Kemahiran berfikir ini harus dipelajari dan dipraktikkan.

6. Kemahiran Belajar
Belajar bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang sukar. Untuk menjadikan belajar itu mudah, para pelajar mestilah menguasai kemahiran belajar yang sistematik Belajar bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang sukar. Untuk menjadikan belajar itu mudah, para pelajar mestilah menguasai kemahiran belajar yang sistematik

7. Kemahiran Membaca
Boleh dikatakan semua pelajar boleh membaca tetapi tidak ramai yang boleh membaca dengan pantas, dan dalam masa yang sama dapat memahami dan mengingati apa yang dibaca.Oleh itu, para pelajar mestilah menguasai kemahiran membaca dengan sebaik mungkin.

8. Kemahiran Membuat Nota
Terdapat pelbagai cara dan kaedah membuat nota, tetapi yang penting, nota yang anda buat mestilah memudahkan anda memahaminya. Jika kita hanya membaca atau menyelidik tanpa mencatatnya di dalam buku nota, kesannya tidak akan sampai ke mana dan tidak bertahan lama.

9. Kemahiran Menyelidik
Bagi memahami dan mendalami ilmu pengetahuan, setiap pelajar mesti mahir merujuk dan menyelidik sama ada daripada buku- buku, akhbar, majalah, membuat temu ramah, dan sebagainya.

10. Kemahiran Menyampaikan
Setelah anda membaca, berfikir, belajar dan membuat nota, seharusnya anda mahir pula menyampaikan kembali apa yang anda fahami dengan berkesan sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan.

11. Teknik Peperiksaan
Setiap pelajar akan dinilai melalui peperiksaan. Oleh itu, pelajar mesti berkebolehan menguasai teknik-teknik peperiksaan seperti keupayaan menganalisis soalan, mengetahui takrif soalan dan menjawab soalan.

12. Kemahiran Menilai
Pelajar mesti berupaya menilai kelemahan dan kekuatan diri sendiri di samping sentiasa berusaha memperbaiki segala kelemahan diri. Jangan sesekali menyalahkan orang lain jika kita gagal. Adalah lebih baik kita menyalahkan diri sendiri dan melihat kelemahan-kelemahan diri dan seterusnya bertekad untuk berjaya.


Apapun, segalanya terpulang kepada azam dan usaha anda!!!!!

Wednesday, March 2, 2011

Tips Menghadiri Temuduga

Ramai di antara kita memandang remeh persediaan untuk menghadiri temuduga. Ada di antaranya begitu yakin akan berjaya bersandarkan kelulusan akademik yang cemerlang. Tetapi hakikatnya, akademik yang cemerlang bukan faktor utama untuk berjaya dalam sesebuah temuduga jawatan kosong. Kalau itu faktor terpenting, mengapa ribuan siswazah masih menganggur di negara kita?
Selain kecemerlangan akademik, faktor persediaan awal seseorang individu sebelum menghadiri temuduga banyak membantu menjayakan misinya. Usah dipandang sebelah mata akan kepentingan memahami unsur-unsur 'kemanusiaan' yang dikehendaki oleh penemuduga semasa mereka menemuduga anda. Kualiti peribadi inilah yang dinilai sebaik sahaja anda melangkah masuk ke bilik temuduga.

Jom kita selidiki antara persediaan yang wajib diamalkan oleh mereka yang bercita-cita memohon pekerjaan.

# Persediaan awal: Membuat Sedikit Kajian
Sebaik mendapat surat temuduga, buat sedikit persiapan sebelum tiba tarikh temuduga.
i. Kaji latar belakang organisasi yang menawarkan temuduga; Apakah urusan utama organisasi tersebut, berapa lama ditubuhkan, saiz organisasi dll.

ii. Buat kajian terperinci tentang jawatan yang ditawarkan; Peranan utama jawatan, pengetahuan yang perlu ada untuk mengisi jawatan tersebut, dan mengapa anda rasa anda diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut.

iii. Kaji sejauh mana jawatan tersebut bersesuaian dengan kelulusan anda.

# Persediaan sebelum menjelang hari temuduga
Pada hari temuduga, bangun awal. Banyak perkara yang harus anda lakukan sebelum pergi ke tempat temuduga agar anda lebih tenang dan tidak gopoh gapah.

# Etika Berpakaian
i. Lelaki, wajib memakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher, tidak kira bagi jawatan apa sekalipun.

ii. Perempuan, kenakan pakaian yang sopan dan semestinya menutup aurat.

# Pewangi!
Elakkan memakai bau-bauan kerana ini boleh mengakibatkan markah anda ditolak seandainya penemuduga terhidu perfume anda sewaktu proses temuduga dijalankan.

# Dapatkan gambaran mengenai isu semasa
Baca topik-topik semasa, politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan jawatan anda jika ada. Penemuduga biasanya berminat dengan calon yang mempunyai kepekaan dan keprihatinan terhadap isu semasa.

# Persiapan Terakhir: Sebelum ke lokasi temuduga
i. Sebelum meninggalkan rumah, pastikan anda membawa bersama surat panggilan temuduga serta dokumen-dokumen yang disyaratkan dalam surat panggilan temuduga.

ii. Buatkan satu senarai semak ringkas supaya tiada yang tertinggal.

iii. Pastikan anda tiba sebelum masa yang ditetapkan. Aspek masa amat dititikberatkan dalam sesebuah program temuduga.

iv. Setibanya anda di lokasi, tenangkan diri dan banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

# Langkah Kanan
i. Sebaik sahaja tiba giliran anda, ketuklah pintu dengan tertib, masuk [langkah kaki kanan] dan berjalanlah dengan yakin. Ucapkan salam!

ii. Duduk hanya setelah diminta berbuat demikian dan ucapkanlah terima kasih jika anda sudah dipersilakan duduk.

iii. Duduk tegak tapi pastikan anda berkeadaan selesa.

iv. Jawab soalan penemuduga dengan suara yang jelas dan penuh yakin. Elakkan tergaru-garu atau mata melilau ke sana-sini. Pandang wajah penemuduga semasa berbicara.

v. Jika soalan kurang jelas, dengan sopan, mohon agar soalan diulang.

vi. Jangan sesekali bersikap mengada-ngada atau over acting. Penemuduga akan MELUAT!

vii. Sebelum meninggalkan bilik temuduga, ucapkanlah TERIMA KASIH.


Selamat Berjaya!!!

Tuesday, March 1, 2011

Gaya berjalan

Tahukah anda?

Gaya berjalan orang yang berjaya adalah berbeza dengan gaya berjalan orang yang gagal. Ingatkah anda dengan filem Ali Baba dan 40 Orang Penyamun? Gaya berjalan Ali Baba ketika miskin [tampak lemah, longlai dan tidak bermaya] berbeza dengan gaya berjalannya yang penuh yakin setelah mendapat emas.

Biasakan diri dengan berjalan tegak dan berkeyakinan. berjalan tegak bukan bermakna anda mesti mendada kerana gaya jalan mendada adalah gaya seorang yang egoistik. Ubahlah gaya berjalan agar tampak lebih bersemangat [walaupun sukar kerana setiap seorang memang sudah dianugerahkan dengan cara berjalan semula jadi]

Selamat mencuba!

Bahasa Badan

Tahukah anda?

55% komunikasi adalah dalam bentuk bukan verbal. Ketika kita berucap, 55% keseluruhan ucapan kita akan dinilai daripada gerak badan kita. Ini termasuklah cara kita berdiri, gerak tangan dan kaki, gerak mata, kedudukan bahu dan sebagainya yang melibatkan fizikal kita. Bahasa badan menghadirkan pelbagai tafsiran kepada orang yang melihatnya. Jadi, berhati-hatilah dengan bahasa badan anda.

Bayangkan seseorang yang berucap dengan pelbagai gaya dengan seseorang yang berucap sambil berdiri tegak.

Cara berjabat tangan juga merupakan gerak badan yang memancarkan status sosial individu. Ingat pengalaman lepas; bagaimana genggaman tangan seseorang itu ketika berjabat tangan dengan anda. Adakah genggamannya erat dan kejap atau longgar ataupun sekadar mencapai hujung jari anda? Biasanya, genggaman tangan yang erat menggambarkan kemesraan dan keikhlasan manakala genggaman tangan yang longgar menggambarkan sikap acuh tak acuh, tidak mesra dan sombong.

Fikir-fikirkan.

Cherita Teras Mali

Cherita Teras Mali tu siti cherita ti tebilang ba menua kami di Meruji, Kabo [pelilih menua Saratok]. Cherita tu ngenang penyelai sepun teras ke tinggi dedegi ti tumbuh enda jauh ari Sungai Meruji [seberai pendai Rumah Matali, Meruji Ulu ke diatu].

Kenu ko cherita orang tuai, dalam taun 1950-an suba [nitihka pengingat orang tuai laban ke nadai rekod betulis] bisi seraban tiga iku bansa Laut [Melayu] datai nujah menua Meruji. Tuju sida nadai kebukai kelimpah ari berimba ngiga kayu teras ka berega [kayu ramu ke teguh amat]. Sepengelama udah bejalai neresap babas ngulu Sungai Meruji, sida sebuat pan tetemuka pun teras ke numbas ia pemesai tau ditebang.

Udah badu ngintu diri, siku ari bala sida nya tadi lalu enda chamang-chamang ngayunka beliung tajam ia ngabi ngelingi pun teras ke bisi dua pemerap pemesai ia. Ia meh abi beliung ia deka besatup ngelingi pun teras nya tadi, enda mukai-mukai ari lalu ujan nyala. Mata panas nyau perenching tang ujan labuh beberis.

Meda utai nyelai bakanya, sida lalu ngetu. Nyangka ba penemu bansa sida pan madahka ujan nyala tu mai tanda ke enda manah, dia sida sebuat sama seati bebai pulai [ba pengarap tuai Iban, bala antu nurun ngasu enti maya ari ujan nyala. Nya alai dulu suba orang enggai mindah enti ujan nyala. Bala ke benung ba babas kenanas ngiga rumput empasan diselitka ba pending tauka selapuk ambi ke dinding diri].

Pulai ngagai cherita sida bala Laut ke mulai ke diri tadi. Datai di rumah, kenu ko cherita, dia deh siko ari sida ke udah ngabi pun teras nya tadi sakit lalu ngujung ka ia mati. Bepun ari nya, pun teras nya tadi dikangau orang TERAS MALI.

Kati kita pemacha, arapka cherita tu? Enti enda arap, aku nguji becherita ke ujung agi.

Deka dikumbai bula, enggai ga nyadi laban nyentuk ke diatu, tibak abi beliung sida nya tadi agi ulih dipeda. Tibak nya bedau dalam, tang bekau tibak ngelingi pun teras nya sigi nyengenda. Pun teras nya pan agi degi-degi sampai ke sari tu taja udah lama mati. Diatu, puchuk teras nya enda ulih peda enggau manah laban lindung puchuk engkabang enggau puchuk tegelam ke tumbuh semaknya dia.

Nyentukka diatu bala ari batang Kabo, Awik, Lempa enda tinggal bala ari Wak, Pakan enggau pelilih menua bukai sigi agi bisi datai kita 'nganjung mimpi jai' sereta 'nganjung burung'. Nitihka cherita orang tuai, orang ka bisi jai mimpi tauka bisi jai burung tau nganjung mimpi tauka burung sida ia ngagai Teras Mali lalu mai ai dia [mayuh butul ditunggaka orang ngelingi pun teras nya]. Ai tu tadi diunsut ngagai tubuh orang ke jai mimpi tauka dipechikka sebelah bilik sida ngambika mimpi tauka burung jai tadi enda bisa, nadai ngachau menua, ngachau nyawa [penabar mimpi enggau burung ke enda manah]

Nya alai, enti kita datai ngagai Teras Mali tu, dia kita bisi meda mayuh bungkus piring sereta bungkus buk enggau kukut ke dianjung kia. Kita mega ulih meda mayuh duit syiling ti ngarey sebelah pun teras nya. Nya meh tanda pemeri sida ke datai kia [pengeras semengat]. Nambah ka nya, butul sigi mayuh ditunggka ba pun teras nya.

Tang nyau dudi ari tu, penyampau orang ka nganjung mimpi, nganjung burung ngagai Teras Mali udah jauh kurang. Bala ke tuai, ke agi megai pengarap lama nyau majak nadai, udah lesi nengali ari. Bala anembiak rebak baru pan nyau udah mayuh masuk pengarap Kristian, nyau enda arapka ke pekara bakanya agi. Taja pia, sejarah teras mali tu sigi enda mudah lenyau ari pengingat mensia ke nguan batang Meruji.

Tu ukai cherita tempa laban bukti sejarah cherita tu sigi agi nyata, agi nyengenda ulih dipeda nyentukka diatu. Taja pia, aku minta ampun enti cherita tu bisi enda betul susun, enda betul rurun. Aku nulis cherita tu nitihka pengingat aku agi biak suba maya ninga cherita orang tuai. Sapa-sapa kita ke bisi nemu cherita tu enggu silik agi, tau nyeruri tulis aku tu. terima kasih.

Rahsia bulan kelahiran2

Pembaca yang budiman, kita bertemu sekali lagi. Besar harapan saya agar tidak ada rasa jemu di hati anda setiap kali kita bersua di alam maya ini. Ya….tidak perlu membuang masa, kita teruskan pengembaraan kita. Buat putera-puteri kelahiran Julai dan Ogos, bacalah….

Julai
Sifat positif

- Sangat suka didampingi
- Amat mementingkan harga dan maruah diri
- Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
- Mudah dipujuk dan bercakap lurus
- Sangat menjaga hati orang lain
- Sangat peramah
- Berjiwa sentimental
- Jarang berdendam
- Tidak suka benda remeh-temeh
- Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang
- Layanan yang serupa terhadap semua orang
- Tinggi daya simpati
- Pemerhatian yang tajam
- Suka muhasabah diri
- Terlalu mengambil berat
- Rajin dalam membuat kerja
- Suka muhasabah diri

Sifat negatif
- Rajin dalam membuat kerja
- Minta disayangi
- Mudah gemuk kalau tak kawal diet
- Lemah dari segi kesihatan perut
- Tidak agresif kecuali terpaksa
- Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
- Suka duduk di rumah
- Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
- Suka menilai orang lain melalui pemerhatian
- Suka mendiamkan diri
- Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki


Ogos
Sifat positif

- Suka berlawak [orang mudah tertawan]
- Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain
- Berani
- Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
- Pandai memujuk orang lain
- Semangat juang yang luar biasa
- Daya pemerhatian yang tajam & teliti
- Cepat berfikir
- Fikiran yang berdikari
- Suka memimpin & dipimpin
- Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
- Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
- Romantik, pengasih dan penyayang
- Suka mencari kawan
- Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit

Sifat negatif
- Sikap kelam kabut
- Sangat cemburu
- Mudah marah apabila cakapnya dilawan [mudah mengamuk]
- Dahagakan pujian
- Terlalu pemurah & bersikap ego

Sekian untuk kali ini. Saya tinggalkan anda dengan ungkapan hanya jauhari mengenal manikam. Ada rezeki, kita bersua lagi.....

Rahsia Bulan Kelahiran

Selamat bertemu kembali. Apa khabar pembaca budiman? Semoga sihat sejahtera hendaknya. Jom kita teruskan pengembaraan kita untuk mengorek rahsia di sebalik bulan kelahiran….

Mei
Sifat positif
- Kuat semangat & bermotivasi tinggi
- Pemikiran yang tajam
- Pandai menarik hati & perhatian orang lain
- Perasaan yang amat mendalam
- Cantik dari segi mental & fizikal
- Tidak perlu dimotivasikan
- Mudah dipujuk
- Bersikap sistematik (otak kiri)
- Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
- Pandai berdebat
- Suka sastera, seni & muzik serta melancong
- Rajin dan bersemangat tinggi

Sifat negatif
- Agak boros
- Tidak punya ramai anak
- Tidak boleh duduk diam [Tidak berapa suka duduk di rumah]
- Kelemahan sistem pernafasan
- Daya khayalan yang tinggi suka berangan]
- mudah dipengaruhi oleh orang lain
- Mudah marah apabila tidak dikawal
- Keras hati & degil

Jun
Sifat positif

- Berfikiran jauh & berwawasan
- Mudah ditawan kerana sikap baik
- Berperangai lemah lembut
- Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
- Idea yang terlalu banyak di kepala
- Suka bercakap & berdebat
- Suka buat lawak & bergurau
- Otaknya cerdas berangan-angan
- Mudah berkawan & pandai berkawan
- orang yang sangat tertib
- Pandai mempamerkan sikap
- Suka berkemas
- Mudah menjadi eksekutif

Sikap begatif
- Kedegilan yang tidak terkawal
- Lambat untuk sembuh apabila terluka hati
- Suka pada barang yang berjenama
- Sikap terlalu memilih, cerewet dan mahukan yang terbaik
- Cepat rasa bosan
- Mudah kecil hati [sensitif], marah dan mudah pula sejuk
- Bersikap suka menangguh-nangguh
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera

Jaga diri, hiasi peribadi. Jumpa lagi....bye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...