"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Tuesday, April 26, 2011

30 Universiti Terbaik di Malaysia

Berikut ialah senarai Ranking 30 Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.
1. Universiti Sains Malaysia
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Universiti Putra Malaysia
5. University of Malaya
6. Universiti Malaysia Perlis
7. Multimedia University
8. Universiti Teknologi Mara
9. Universiti Malaysia Pahang
10. International Islamic University of Malaysia
11. Universiti Utara Malaysia
12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
13. Universiti Tenaga Nasional
14. Universiti Malaysia Sabah
15. Open University Malaysia
16. University of Nottingham Malaysia
17. Universiti Teknologi Petronas
18. Universiti Sains Islam Malaysia
19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
20. Taylor's University College
21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
22. Universiti Tunku Abdul Rahman
23. Universiti Malaysia Terengganu
24. Universiti Malaysia Sarawak
25. Universiti Tun Abdul Razak
26. Monash University Malaysia
27. Universiti Industri Selangor
28. Wawasan Open University
29. UCSI University
30. Curtin University of Technology Sarawak Campus

INFO: The ranking main factors are Size, Visibility, Research papers and scholars.
sumber: internet

Tuesday, April 19, 2011

Teknik Berucap di Khalayak Dengan Yakin

Situasi 1

Mat: Apa perasaan kau bila cikgu minta kau bentangkan tugasan di depan kelas?
Ali: Alamak...takutnya. Mengingatkannya sudah membuatkan aku seram sejuk. Kau?
Mat: Aku ok aje. Mula-mula dulu, memang terketar lutut dibuatnya. Sekarang ni dah kurang sikit darah gemuruh aku.

Situasi 2
Cikgu Nisa: Dalam mesyuarat kurikulum akan datang, setiap ketua panitia diminta membentangkan analisis keputusan peperiksaan yang lepas.
Cikgu Nani: Itulah yang aku risau. Aku ni, bab-bab berucap di depan memang lemah sedikit. Gabra semacam bila berucap di depan orang ramai.

Itu adalah antara situasi yang hampir setiap daripada kita pernah atau sedang alami. Berucap di depan khalayak memang bukan perkara yang mudah tetapi bukan bermakna ia terlalu sukar. Di dalam bukunya yang bertajuk The Book Of Lists, David Wallechinsky [1977] menyatakan bahawa pengucapan awam merupakan perkara yang paling ditakuti oleh rakyat Amerika Syarikat.

Antara persoalan yang sering mengganggu emosi kita ketika diminta berucap di depan orang ramai ialah;
i. Ramainya orang. Semuanya memandang ke arah saya.
ii. Alamak, bagaimana kalau aku tersilap cakap.
iii. Malunya, mereka akan mentertawakan aku.
iv. Jangan-jangan, para audiens lebih tahu tentang perkara yang akan aku sebut nanti?


Jadi jelaslah bahawa perasaan takut semasa berucap di khalayak ramai adalah satu bentuk perasaan yang diwujudkan oleh individu itu sendiri berdasarkan andaian-andaian negatif.

Lily Walters iaitu pengarah eksekutif Walters International Speakers Bureau menyatakan bahawa perasaan gemuruh ketika berucap boleh diatasi dengan;
i. Membuat persediaan rapi dan latihan [75%]
ii. Menarik nafas dalam-dalam dan kemudian melepaskannya [15%]
iii. Persiapan mental [10%]


Petua Berucap Dengan Yakin

1. Berdoa dan menarik nafas sebelum memulakan ucapan
- Mohon ketenangan dan keyakinan diri.

2. Berpakaian mengikut suasana
- Penting bagi mengelakkan rasa janggal dan canggung. Kita memerlukan 'keselesaan diri' sebelum berucap. 'Kesilapan' dalam berpakaian akan membuatkan kita rasa pelik, serba tak kena sehingga emosi kita menjadi tidak stabil.

3. Cari wajah audiens yang dapat membantu kita
- Wajah audiens yang mudah tersenyum dan memberi respon yang baik kepada kita contohnya audiens yang mudah mengangguk [bukan ngantuk]. Tetapi ingat, kita berucap di khalayak ramai. Jangan sampai ada audiens terasa mereka diabaikan.

4. Mewujudkan hubungan yang mesra dengan audiens
- Bertanya khabar dan jika ada yang kita kenal, sebutlah nama mereka sebagai penghargaan. Ucapkan terima kasih atas kesudian mereka menghadirkan diri.

5. Gunakan alat bantu
- Penggunaan nota, LCD atau powerpoint membantu kita mengingat isi ucapan dengan baik. Selain menarik perhatian audiens, ia juga menjadikan ucapan kita lebih tersusun sekaligus meningkatkan keyakinan kita.

6. Mengalihkan tumpuan audiens
- Untuk mengurangkan rasa gementar, kita juga boleh menggunakan kaedah pengelibatan audiens dengan meminta mereka melakukan aktiviti ringkas dan dalam masa yang sama kita dapat menenangkan diri.

7. Mengingati kejayaan-kejayaan yang pernah kita kecapi
- Kejayaan-kejayaan tersebut merupakan bukti yang kita mampu menempuh dugaan. Faktor ini sekaligus akan mengingkatkan keyakinan dalam diri kita.

8. Terima hakikat bahawa tidak ada manusia yang sempurna
- Harapan diri yang terlampau tinggi untuk menjadi 'pemidato' yang hebat kadang kala memberi tekanan kepada kita sehingga kita berasa kita tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. Jadi, cubalah bersikap bersahaja dan jika berlaku kesilapan, cuba jadikan ia seolah-olah lucu. Bukankah suasana akan menjadi lebih santai apabila audiens dan kita ketawa?

9. Lakukan pergerakan
- Berjalan atau minta izin untuk minum seketika adalah antara gerakan yang boleh mengurangkan rasa gemuruh kita. Tarik nafas dengan panjang. Kajian mendapati dengan menarik nafas secara dalam kita dapat mengurangkan 15% rasa gemuruh.

10. Berikan tumpuan kepada ucapan kita
- Rasa gemuruh juga dapat dikurangkan dengan memberikan fokus kepada mesej yang ingin kita sampaikan. Gunakan beberapa patah kata yang hebat untuk menarik perhatian audiens. Bila audiens memberi respon yang baik, kita akan menjadi lebih bersemangat sehingga lupa untuk takut!

BERSAMBUNG

Saturday, April 16, 2011

Bila Jari Menjadi Juri

Hahaha....nampaknya ramalan banyak pihak tentang kemenangan calon popular dari PKR di N34 Krian tidak silap. Kemenangan Ali Biju menewaskan calon BN iaitu Nyarok Enteri merupakan kemenangan bergaya dengan majoriti 2090 undi. Ini merupakan petanda bahawa penduduk di Krian mahukan pembaharuan dan dahagakan kepimpinan yang lebih dekat dengan mereka. Saya difahamkan calon PKR sudah bergerak untuk tempoh yang lama sebelum menjelangnya tarikh penamaan calon. Ali Biju sering turun padang, mendekati pengundinya. Saya percaya, inilah antara faktor kejayaan beliau selain 'kemarahan' rakyat akan banyak janji BN yang tidak ditunaikan meskipun sudah beberapa siri pilihan raya DUN berlalu.

Semalam, saya sempat menonton analisis pilihan raya Sarawak di TV SATU. Saya sangat tertarik dengan 3 kenyataan ahli panel iaitu, DR Jeniri Amir. Beliau mengatakan;

1. Kerajaan [BN] tidak semestinya betul dan pembangkang tidak semestinya salah dan begitulah sebaliknya. Perlu ada check and balance. Kelangsungan pembangkang perlu demi menegur 'kesilapan' kerajaan yang memerintah. Dengan kata lain, pembangkang bukan semestinya kumpulan yang 'jahat' dan tidak semua dasar ataupun polisi kerajaan itu betul sehingga rakyat tidak boleh mempersoalkannya.

2. BN harus menunaikan segala janji yang pernah ditabur bukan hanya pada pilihan raya kali ini tetapi juga janji-janji yang pernah 'dimeterai' dalam pilihan raya yang lepas-lepas. Jangan menunggu sehingga rakyat 'marah'. Kita percaya, pengundi muda yang lebih terbuka pemikiran dan terdedah kepada perkembangan semasa tidak mudah termakan janji manis dan 'putar belit' fakta oleh wakil rakyat. Adalah salah satu kesilapan besar jika wakil rakyat berasa diri sudah begitu selesa bila bertanding atas tiket BN tanpa perlu memikirkan bagaimana membantu menyelesaikan masalah rakyat dan membangunkan kawasan setempat. Bak kata Dr. Jeniri, kalau wakil pembangkang gagal menunaikan janji, itu tak mengapa kerana mereka bukan pemerintah tetapi bahagimana pula wakil rakyat BN yang gagal mengotakan janji mereka?

3. Menurut kajian beliau, PM kita merupakan jenama yang sangat laku di Sarawak sepanjang kempen tempoh hari. Kehadiran PM di beberapa kawasan 'panas' banyak membantu calon di kawasan tersebut untuk mendapat kembali sokongan pengundi. Persoalannya kenapa pengundi di kawasan tersebut lebih mempercayai 'kata-kata' PM berbanding wakil BN? Adakah kerana mereka sudah jelak dengan janji manis yang tidak pernah ditunaikan oleh wakil rakyat mereka? Atau adakah kerana itulah kali pertama PM berjanji kepada pengundi setempat dan janji PM lebih 'bisa'?

Semoga N34 Krian terus aman makmur dan terus membangun seiring dengan pembangunan di kawasan-kawasan lain. Wakil rakyat yang sudah dipilih harus belajar daripada sejarah wakil rakyat yang lepas. Fahami inspirasi dan kehendak masyarakat. Sebagai orang tempatan, wakil rakyat yang baru dipilih seharusnya lebih mengetahui kesusahan dan keperitan masyarakat setempat. Jadi, mulakan misi untuk membantu rakyat jelata yang sudahpun memilih anda. Usah menjauhkan diri dari rakyat dan berselindung di sebalik kerusi empuk yang boleh menyebabkan seseorang itu ngantuk tersenguk-senguk.

Terima kasih orang N34 Krian kerana sudah menunaikan tanggungjawab anda!

Tuesday, April 12, 2011

Siapa Sebenarnya Anda?

Saya adalah salah seorang yang kadang kala dihimpit rasa tidak yakin akan kemampuan diri. Secara sedar atau tidak, belenggu rasa kurangnya keyakinan diri banyak membataskan usaha untuk mencapai keinginan hati sekaligus mengekang segala kebolehan dan kreativiti diri. Masa terus berlalu, dan saya masih di situ [ditakuk lama]. Saat saya menoleh ke belakang, hati bagaikan terpukul melihat beribu jejak saya menapak tetapi sebenarnya langkah saya tidak kemana. Semuanya kerana saya terlalu takut untuk ke 'depan'.

Saya seorang pencinta buku bercorak motivasi. Saya memiliki koleksi buku tulisan Dale Carnegie dan Dr. HM Tuah Iskandar. Buku-buku bernsur motivasi inilah yang banyak mengubah diri saya. Walaupun masih 'takut-takut' tetapi sekurang-kurangnya perasaan tersebut semakin menipis.

Baiklah, saya ingin kongsikan sebuah artikel yang pernah saya baca beberapa tahun lalu. Terima kasih kepada penulisnya [maaf, lupa sumbernya].

Keyakinan Diri adalah keberanian yang datang dari kepastian tentang kemampuan, nilai-nilai dan tujuan diri kita. Ia menjadi faktor penting yang menimbulkan perbezaan besar antara berjaya dan gagal seseorang dalam bidang yang diceburi atau kerjaya.

Ciri-Ciri Individu Yang Berkeyakinan Tinggi
1. Percaya kemampuan diri, hingga tidak memerlukan / mengharapkan pujian, pengakuan, penerimaan, ataupun penghormatan orang lain,

2. Tidak terdorong untuk menunjukan sikap mengampu (sehingga mengorbankan hal-hal yang prinsip) demi diterima oleh orang lain.

3. Berani menerima dan menghadapi penolakan orang lain, berani menjadi diri sendiri.

4. Bijak mengawal diri, tidak moody dan emosinya stabil,

5. Memiliki Internal locus of control (memandang kejayaan atau kegagalan, bergantung kepada usaha diri sendiri dan tidak mudah menyerah pada nasib atau keadaan serta tidak bergantung / mengharapkan bantuan orang lain)

6. Memandang positif terhadap diri dan orang lain serta situasi luar dirinya.

7.Memiliki harapan yang realistik terhadap diri sendiri. Meskipun hampir gagal, tetapi tetap mampu melihat dirinya dari perspektif positif dan berani menghadapi situasi yang bakal terjadi.

Ciri-Ciri Individu Yang Kurang Keyakinan Diri
1. Berusaha menunjukan sikap mengampu / mengorbankan prnsip diri, semata-mata demi diterima oleh orang lain / kelompok.

2. Menyimpan rasa takut / kekhuatiran terhadap penolakan.

3. Sulit menerima realiti diri (terlebih menerima kekurangan diri) dan memandang
rendah kemampuan diri sendiri, namun dalam masa yang sama terus memasang harapan yang tidak realistik terhadap diri sendiri.

4. Pesimis, mudah menilai segala sesuatu dari sisi negatif.

5. Takut gagal, sehingga menghindari segala risiko dan tidak berani menetapkan target / sasaran untuk berjaya.

6. Cenderung menolak pujian yang ditujukan secara tulus, karena undervalue (memandang rendah) diri sendiri [menganggap pujian sebagai hinaan]

7. Selalu menempatkan dirinya sebagai yang terakhir, karena menilai dirinya tidak mampu dan takut.

8. Mempunyai external locus of control (mudah menyerah pada nasib, sangat bergantung pada keadaan dan penerimaan / pengakuan serta bantuan orang lain.

Siapakah anda?

Saturday, April 9, 2011

Sekadar Berkongsi Info

Peta Pilihan Raya DUN Sarawak 2011



Semoga manifesto-manifesto yang diumumkan oleh parti-parti yang bertanding bukan hanya OmOng-OmOng kOsOng / Janji Manismu / Menanam Tebu di Bibir...
Gambar: Wikipedia

Cara Beroleh Kedamaian dan Kebahagiaan




Di celah-celah kehidupan yang penuh cabaran ini, seringkali persaingan untuk terus 'hidup' membuatkan kita dilanda kecelaruan emosi [bukan sakit jiwa]. Hidup terasa hambar, jiwa terasa sepi di sebalik keriuhan dan diri bagaikan terasing di sebalik keramaian.

Berikut saya kongsikan cara untuk beroleh kedamaian dan kebahagiaan sekaligus menikmati hidup ini dengan seadanya.

1. Dekatkan diri dengan Tuhan. Dia Maha Mengetahui...berdoalah, luahkan segala keluh kesah anda dan mintalah Dia campur tangan dalam hidup anda. Mendekatkan diri dengan Tuhan adalah cara terindah untuk mengisi 'kekosongan' dalam jiwa kita.

2. Fikirkan yang baik-baik. Isilah hati anda dengan fikiran tentang kedamaian, keberanian, kesihatan serta harapan sebab ’hidup kita dibentuk oleh fikiran kita sendiri’.

3. Jauhi api dendam. Jangan menaruh dendam kepada musuh. Jangan membuang masa memikirkan orang yang tidak kita senangi.

4. Bersyukurlah. Perhatikan dan ingatlah selalu berkat dan keberuntungan yang anda terima, sebaliknya lupakan keburukan yang menimpa.

5. Berusaha untuk ikhlas. Usah mengharapkan balasan / penghargaan / terima kasih sebaliknya berbahagialah kerana dapat ’memberi’.

6. Jangan meniru atau mencuba untuk menjadi orang lain. Carilah peribadi sendiri sebab ‘iri hati itu bodoh’ dan ‘meniru itu membunuh diri’.

7. Setiap yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya. Ambillah seberapa banyak keuntungan dari nasib buruk yang menimpa. Ubahlah perkara yang negatif jadi positif.

Selamat berbahagia....

Kumang Gawai

Pejam enchelak pejam enchelak, enda berasai udah bulan Empat. Tinggal sebulan lebih aja agi Gawai deka disambut kitai raban bansa Dayak. Ditu aku ka bekunsi enggau bala pemacha senentang pakaian asal kitai bansa Iban [ngepan orang indu] laban pelaba aku, mayuh kitai [nyengkaum aku empu]enda nemu nama kereban gari asal kitai. Gambar: jamesjg.com

Peta Daerah Saratok

Pada pilihan raya DUN Sarawak 2011 ini, daerah N34 Krian menjadi antara tumpuan ramai berikutan statusnya sebagai kawasan panas. YB Peter Nyarok selaku penyandang kerusi DUN N34 ini ditentang hebat oleh calon PKR, SNAP dan seorang calon bebas. Dengar-dengar...ada calon yang mula panas punggung bila melihat gelombang kebangkitan penyokong wakil sebuah parti. Semasa proses penamaan calon tempoh hari, suara penyokong parti tersebut bergema kuat mengatasi suara penyokong parti-parti lain yang bertanding. Malah kebanyakkan penyokong parti ini yang berarak pada hari tersebut adalah golongan belia / muda.

Apakah ini tanda kebangkitan kumpulan golongan muda di daerah Saratok yang dahagakan pembangunan infrastruktur terutama kemudahan air, eletrik, jalan raya, jalur lebar dan sektor pertanian yang dapat memberi sedikit kenikmatan sebagai penduduk sebuah negara yang sudah lama merdeka?

ATAU... Adakah ini petanda golongan muda sudah mula terbuka mata dan mindanya? Anak muda yang tidak boleh lagi diperlekehkan, tidak mudah termakan janji-janji manis atau putar belit sesetengah pihak? Anak muda yang sudah sedar akan perlunya hak dan kebajikan mereka dijaga dan dijamin terutama soal berkaitan tanah pusaka dan peluang pekerjaan yang seimbang. Apa yang pasti, kebangkitan golongan muda yang inginkan suara mereka didengari ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada lanskap politik di N34 Krian.

Sama-sama kita nantikan tarikh keramat 16 April ini....

Daerah Saratok [N34 Krian]

Lokasi Daerah Saratok dalam peta Sarawak










Penulis: Memilih calon yang bekerja untuk rakyat dan bukannya calon yang 'mengerjakan' rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...