"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Monday, May 23, 2011

Profesionalisme Seorang Guru

Guru....semua orang boleh menjadi guru tetapi tidak semua orang layak menjadi guru. Tugas, tanggungjawab sosial dan beban yang tergalas di bahu seorang insan bergelar guru hanya dapat difahami oleh mereka yang bergelar GURU!

Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan syarat wajib seseorang guru yang bertauliah. Untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional seperti berikut:
1. Ingin tahu
2. Pengetahuan ikhtisas
3. Suka membaca
4. Kemahiran bertutur
5. Daya ingatan
6. Daya usaha

Mengikut nilai-nilai keguruan, kualiti profesional seseorang guru boleh disenaraikan seperti berikut:
1. Semangat berdedikasi
2. Peka kepada perubahan
3. Sedar tentang keperluan negara
4. Bersikap positif terhadap pembelajaran
5. Mempunyai inovasi dalam tugas.

Semoga semua warga pendidik jelas dengan misi dan memahami aspirasi pendidikan negara sekaligus mampu menjadi penjana transformasi pembangunan bangsa dan negara.

Monday, May 16, 2011

Sedap-sedap belaka....inilah antara hasil Pertandingan Masakan gabungan antara guru dan pelajar T6 sempena Program Jalinan Mesra Warga Pra-U SMK Kalaka pada 13 Mei 2011 yang lepas.





Ada chef yg makan hati melihat kreativiti guru dan pelajar SEMEKAR...hehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...