"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Monday, December 26, 2011

Krismas Dalam Hujan



Sejak akhir-akhir ni, hujan menjadi-jadi. Tak kira pagi, petang, siang, malam, hujan terus. Betul-betul musim tengkujuh dah melanda. Sejak kelmarin, hujan begitu bersemangat turun, sehebat semangat mereka yang meraikan Krismas. Walaupun dalam gerimis, semangat muhibah saling kunjung mengunjungi tidak luntur dek hujan.


Hari ini, Bandar raya Kuching tidak dijengah matahari. Gerimis mengundang sehingga la ni 10.10pm. Apapun, saya nak ucapkan Merry Christmas [non-muslim only] dan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca.

Sunday, December 11, 2011

Masalah Kewangan







Pening!





Memang membuntukan. Walaupun gaji naik setiap tahun [bagi yang berkerja kerajaan / swasta] tetapi masalah kewangan masih menyesakkan fikiran. Masih lagi belum mencukupi. Malah, sukar sekali untuk menabung! Kenapa?


Berikut ialah secebis saranan yang mungkin boleh kita praktikkan untuk mengurangkan beban masalah kewangan.


1. Buat anggaran belanja yang paling sesuai dengan pendapatan serta keperluan anda.

- Belanjakan wang sebijak mungkin dan elakkan dari membeli barang yang tidak perlu atau mengatasi kemampuan kita.


2. Catat aliran keluar wang kita agar kita tahu kemana atau untuk apa wang kita dibelanjakan.

-Ini memudahkan kita menganalisis kewajaran perbelanjaan kita sama ada kita telah berbelanja untuk keperluan atau ikut nafsu.


3. Tetapkan jumlah simpanan [walau sekecil manapun jumlahnya] dan simpan terus di bank agar kita tak "terbelanja" wang tersebut.

- Bagi kita yang berpendapatan sederhana, amat susah untuk mendapat lebihan perbelanjaan. Oleh sebab itu, wang untuk tabungan wajar diasingkan bagi memastikan kita menabung secara tetap setiap bulan.


4. Latih anak-anak untuk menghargai nilai wang [sematkan sikap berjimat cermat].

- Elakkan terlalu memanjakan anak-anak dengan wang ringgit.


5. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh "menghilangkan" wang dalam sekelip mata seperti berjudi, bertaruh dan skim cepat kaya.

- Selain salah di sisi agama dan undang-undang, menjebakkan diri dalam perbuatan di atas boleh menyebabkan kita muflis dalam sekelip mata.


6. Buat inisiatif untuk menambahkan pendapatan [bagi yang mempunyai pekerjaan tetap atau suri rumah].

- Sekiranya anda berbakat dalam masakan, cubalah berjual secara-kecil-kecilan. Bagi yang mahir dalam dunia internet, buatlah sesuatu yang boleh mendatangkan keuntungan. Sekurang-kurangnya meringankan beban suami / keluarga.


Walau bagaimanapun, jika masalah kewangan anda masih sukar diperbaiki, berusahalah untuk bersikap positif. Terima seadanya [teruskan berusaha] dan jangan sekali-kali melibatkan diri dengan ALONG!

Thursday, December 8, 2011

Musim Buah



Sekarang musim buah-buahan. Pelbagai jenis buah-buahan tempatan dijual merata tempat termasuk di tepi-tepi jalan. Harga pun berpatutan. Maklumlah, buah-buahan dah berlambak. Kalau jual mahal, alamat busuk tak dibelilah tu. Mula-mula hari tu, rambutan dijual pada harga RM8.00 sekilo tetapi sejak akhir-akhir ni RM2.00 sekilo jer... Begitu juga durian, sekarang boleh dapat 4 biji RM10.00. Tepuk dada tanya selera.









Wednesday, December 7, 2011

Sembang Santai



Pagi tadi saya [sebenarnya kami bertiga, saya bersama anak sulung, Esther dan si bongsu, Marya] menghadiri majlis penyerahan wang bantuan persekolahan RM100 di sekolah anak saya.

Sebaik sahaja sampai di perkarangan sekolah dalam jam 9.25 pagi, saya dapati ramai ibu bapa sudah sampai. Bersama-sama ibu bapa-ibu bapa dan pelajar lain, kami bertiga turut masuk ke dewan dan beratur mengikut kelas.


Sementara beratur menunggu giliran, saya sempat berbual dengan beberapa orang ibu bapa. Sempat juga saya mengorek pendapat mereka tentang pemberian wang tersebut oleh kerajaan. Rata-rata ibu bapa bersyukur dengan pemberian wang tersebut. Walaupun tidak besar jumlahnya, tetapi sekurang-kurangnya mampu meringankan beban, kata mereka. Lepaslah untuk membeli beberapa keperluan asas persekolahan anak-anak.


Selepas mengucapkan terima kasih kepada guru yang bertugas, kami bertiga bergegas meninggalkan perkarangan sekolah. Awan hitam bertompok-tompok, seolah-olah memberi amaran bahawa hujan akan turun. Hujan rahmat, bisik hatiku. Semoga tahun depan akan ada lagi rezeki sebegini, aku tersenyum sendiri sambil mengingatkan riak gembira ibu bapa di dewan sekolah tadi.



Terima Kasih Kerajaan





Petang tadi saya dimaklumkan oleh seorang pelajar [adiknya satu sekolah dengan anak sulung saya], esok adalah hari penyampaian wang bantuan persekolahan berjumlah RM100 di sekolah mereka.

Hati kecilku berbisik penuh syukur. Rezeki anak. Terima kasih kepada kerajaan yang nampaknya begitu bersungguh-sungguh mengurangkan beban ibu [dari aspek pendidikan]. Yuran sekolah semuanya dimansuhkan, kemudian pelajar diberi bantuan RM100 tanpa mengira kaum, agam dan kewangan ibu bapa.

Nampaknya, di permulaan musim persekolahan 2012, ibu bapa boleh tersenyum dan berlapang dada. Jika dibelanjakan dengan berhemah, RM100 itu mampu untuk membeli keperluan paling asas persekolahan iaitu pakaian seragam, kasut, stoking, beg dan alat tulis. Itupun jika pelajar atau ibu bapa tidak terlalu mementingkan jenama. Jika barangan branded menjadi pilihan, RM500 pun belum tentu mencukupi.

RM100 mungkin tidak ada nilainya bagi ibu bapa yang berpendapatan tinggi, tetapi bagi ibu bapa yang tidak ada sumber pendapatan tetap, RM100 sangat bernilai. Bayangkan, jika ibu bapa yang pendapatannya di bawah paras miskin, mempunyai dua atau tiga orang anak yang masih bersekolah. Tanpa bantuan ini, sudah pasti beban yang dipikul amatlah berat. Syukur, kerana kita mempunyai kerajaan yang begitu prihatin. Jika ibu bapa mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah, bermakna mereka mendapat RM300. Amat memadai untuk memulakan persekolahan.

Walau bagaimanapun, besar harapan kita agar wang tersebut digunakan untuk tujuan persekolahan [boleh disimpan di dalam tabung anak-anak bagi keluarga yang mampu]dan bukannya digunakan oleh ibu bapa untuk tujuan lain [selagi tidak begitu terdesak]. Memang telah dimaklumkan hasrat murni kerajaan mengagihkan wang tersebut adalah untuk persekolahan anak-anak. Kita tidak mahu ada ibu bapa yang menyalahgunakan wang tersebut untuk kepentingan diri.

Bukan tujuan untuk berkempen, tetapi saya merasakan ibu bapa di seluruh negara wajar mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. Sekurang-kurangnya, bantuan tersebut mampu mengurangkan beban kewangan ibu bapa atau keluarga yang memerlukan.
Sekadar pendapat peribadi penulis.

Sunday, December 4, 2011

Lelaki

Sekali tu aku deka bekunsi penemu enggau bala pemacha pasal penanggul ti tau nuntung kitai lelaki ti bekenaka laptop. Ukai reti kitai enda tau ngena laptop laban laptop tu sigi perkasas ti pemadu beguna jeman diatu. Tuju aku mantaika artikel tu ianya ngambika kitai bejaga lalu ngena lapotop tu enggau chara ti betul [ukai dipangku hehe....]. Artikel tu diambi aku ari Berita Minggu 4/12/11.



#Minta ampun, jaku Iban aku tu apin tentu nitihka standard [benung belajar].

Saturday, December 3, 2011

Ngelantang Ati

Limpang ari jaga anembiak F6 peresa STPM, kami menyanak sempat nemuai ngabas rumah di Desa Ilmu. Apu, rumput ba tisi rumah tau endur rusa belalai. Ka ngasuh orang nebas, hari ga selalu ujan.

Ngelaban beris ujan, kami menyanak ngambi peluang raun ngelantang ati. Esther & Marya sigi ransing enti maya dibai bejalai. Lebuh maya begambar, macham-macham gaya digaga seduai. Landik amat bala sida anak maya diasuh begaya ba mua kamera.
Begambar sebedau meda Filem Ombak Rindu. Esther madahka diri deka nyabak meda cherita OR. Best cherita tu.
Penyokong chilik team Harimau Malaya.
Mood Krismas udah berasai. Enda sabar ka nyambut Krismas taun tu hehe...
Sekali meda baka ke ba menua orang putih hehe...anang saru, gambar tu diambi di ba sebelah menua kitai ditu aja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...