"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Friday, May 25, 2012

Amanja

Dua puteriku Sayang!
Sempat posing ketika menghadiri Majlis Pra- Gawai 2012 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Pra-U SeMekaR.

Monday, May 21, 2012

Sampuk

Bala anembiak Iban ke ada ba nengeri / bandar nyangka jarang tauka enda kala ningka jaku sampuk [kelimpah ari jaku sampuk dalam Bahasa Malaysia]. Sampuk tu sarang semut ke digaga sida ba dan - dan kayu.

Aku selalu ingat ke maya agi bujang biak suba. Suah amat aku meda tauka enggau apai aku ngiga sampuk kena meri ikan pegung makai. Sampuk nya dibelah, lalu ditikau ke pegung. Berebut ikan makai. Nyau belimbur ai endur bala ikan makai. Diatu nadai orang meri ikan makai ngena sampuk agi, semua ngena baja ikan magang.

Wednesday, May 16, 2012

Kantuk Merudang

Kala meda kantuk merudang? Enti enda kala meda tauka enda ngelala kantuk merudang, nya meh gambar kantuk merudang. Lebuh bejalai ke babas hari nya, dia aku tepedaka kantuk merudang. Enda muai peluang, aku lalu ngambi gambar ia. Tepulai pengingat ngagai niang apai suba. Ia ka amat makai kantuk merudang girau champur belajar, pusu enggau chabi. Nyamai ko ia. Aku kala nguji tang enda masuk asai nyawa. Tusahka nemu kantuk merudang sebelah babas laban diatu nyau dikomersialka orang. Suah dijual orang sebelah tamu tauka pasar minggu.

Sunday, May 13, 2012

Pondok Unik

99% diperbuat daripada buluh.
AT:Cantik!

Perihal Bemban

Mesti ada yang tak pernah dengar perkataan bemban. Tidak kurang juga ramai yang tidak mengenali ataupun melihat pokok bemban secara dekat. Pokok bemban ialah sejenis tumbuhan berbatang lurus berkilat yang tumbuh di kawasan lembab atau tanah sedikit berpaya. Warnanya hijau tua, batangnya boleh mencecah tiga ke empat meter panjang. Pokok yang sudah matang akan diambil dan 'diproses' sebelum dianyam menjadi tikar.
Ha... ini dia gambar pokok bemban.

Friday, May 11, 2012

Kad Gawai

Pejam celik pejam celik, Hari Gawai dah nak tiba. Memang tak terasa waktu berlalu. Rasa baru je masuk tahun 2012, tup-tup, dah nak pertengahan tahun. Selamat Hari Gawai kepada semua pembaca yang menyambut gawai. Gayu guru gerai nyamai!

Saturday, May 5, 2012

Guru dan Transformasi

Bidang pendidikan di Malaysia mengalami transformasi yang hebat sejak akhir-akhir ini. Terbaru, Sistem Terminal yang digunakan di peringkat STPM sebelum ini akan berakhir hujung tahun ini. Pelajar Tingkatan Enam Atas yang ada sekarang merupakan kohort terakhir di bawah Sistem Terminal. Kemasukan pelajar Tingkatan Enam Bawah 8 Mei ini akan menandakan bermulanya sistem baru yang akan digunakan di peringkat STPM iaitu Sistem Pentaksiran Baharu STPM. Sesuai dengan panggilan Pra-Universiti, maka sistem baharu ingin mengaplikasikan sistem pembelajaran ala universiti; kuliah, tutorial, kerja projek, amali merupakan unsur yang diamalkan di peringkat Pra-U. Sukatan pelajaran untuk semua subjek juga dirombak berdasarkan modul. Peperiksaan awam berpusat juga akan dijalankan pada setiap hujung semester. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, guru-guru kena lebih mahir dalam penggunaan IT. Guru-guru harus menguasai penggunaan komputer dan internet serta gajet-gajet teknologi yang lain. Dengan kata lain, guru harus 'mendahului' pelajar dalam aspek pengetahuan dan kemahiran. Malu juga rasanya jika pelajar lebih 'pakar' berbanding kita.
Contoh paling mudah, takkan seorang guru itu tidak mampu menggunakan aplikasi Microsoft Word dan Powerpoint, dua aplikasi yang sangat penting dalam meningkatkan keberkesanan proses P&P. Ataupun, alangkah sedihnya jika seseorang guru itu tidak tahu cara untuk mencari bahan di Google. Itu belum lagi, semua markah peperiksaan dan kerja kursus yang perlu di hantar secara online sekarang ini. Malah, pelbagai maklumat sekolah dan guru juga perlu diisi secara online, e-Operasi misalnya. Transformasi ini merupakan satu cabaran yang perlu kita hadapi sama ada kita sebagai warga pendidik suka atau tidak. Bukan merendah-rendahkan mereka yang masih terkial-kial menggunakan komputer, tetapi inilah realitinya. Jadi, terimalah ini sebagai satu cabaran untuk kita memperbaiki diri dan menambahkan pengetahuan mahupun kemahiran kita. Beranikanlah diri untuk mencuba sesuatu yang mungkin asing bagi kita. Sekali dua mungkin banyak salah dan silapnya. Bukankah itu proses pembelajaran? Banyak kesilapan bermaksud banyak lagi yang kita telah pelajari. Betul tak?
Saya sendiri tidak pernah belajar secara formal berkenaan komputer mahupun IT. Semuanya dipelajari sendiri secara cuba sedikit demi sedikit. Sekurang-kurangnya dapatlah membantu dalam proses P&P. Bagi yang berminat menggunakan powerpoint, anda boleh melawat ke sini untuk mendapatkan background slide yang menarik. Percuma, anda boleh memilih yang mana berkenan di hati. Semoga P&P anda menjadi lebih menarik.

Thursday, May 3, 2012

Ok tak?

Apa Kes Ni?

Moral: Kepada yang berkenaan kalau nak racing, silakan tetapi jangan menyusahkan orang lain!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...