"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Saturday, January 28, 2012

Memandu: Elak Ngantuk!

Huhu...perjalanan yang memenatkan. Memandu selama 4jam memang agak memenatkan, tetapi seronok. Mata begitu sporting, langsung tak ngantuk. Esther dan Marya pun tidak beradu macam biasa. Si kecil Marya biasanya pantang naik kereta, tak sampai setengah jam, pasti terlentok. Sah-sah kami gelar dia RATU... bukan ratu apa tapi Ratu Tidur hehe...

Hari ini, jumlah kereta agak sederhana banyaknya. Sebab tu, aku sempat curi-curi pandu laju [tak baik tauuuu!]. Kena road block baru padan muka.

Berikut ialah tips elak ngantuk masa memandu yang aku amalkan selama ini [selain berdoa];

1. Dengar muzik. Kalau mata ngantuk, pasanglah lagu yang catchy rentaknya. Nescaya mata akan segar. Elakkan mendengar lagu sendu yang mendayu, risau pula terlena dibuatnya.

2. Minum air setiap kali terasa ngantuk. Selain air putih, aku suka minum air yang agak masam rasanya seperti oren atau ais lemon-t [tin]. Jangan minum banyak, nanti elak ngantuk dapat kencing manis pulak. Bagi saya, setin cukup untuk perjalanan 4-5 jam.

3. Basuh muka jika terasa ngantuk. Pasti segar hehe...

4. Rehat sebentar. Keluar dari kereta, regangkan urat dan hirup udara segar [jangan pula berehat berdekatan kawasan pembuangan sampah].

5. Berborak. Itupun jika co-pilot atau para vip yang menjadi penumpang tidak lena menganyam mimpi.

6. Gunakan eye-mo untuk menyegarkan mata. Sepanjang pemanduan, mata kita mudah kering dan terdedah kepada cuaca panas [biasan dari cermin kereta]. Eye-mo mampu melegakan mata.

7. Akhir sekali, saya suka makan makanan ringan jika memandu untuk perjalanan yang panjang. Memang gerenti mata segar sepanjang masa.

Itu cara saya. Setiap orang ada cara masing-masing. Apapun caranya, pastikan pemanduan anda selamat. Wacaaa....

Thursday, January 26, 2012

Alkisah shopping

Hujan masih renyai ketika kami sekeluarga meninggalkan rumah. Semangat nak membeli 'idaman hati' katakan.

Destinasi pertama 1TJ di BDC. Malangnya, pusat membeli-belah yang menawarkan banyak pilihan aksesori komputer masih banyak yang belum dibuka. Tak sampai 10 buah kedai yang sudah beroperasi. Walau bagaimanapun, sempat juga membeli Logitech Wireless Presenter R400 berharga RM169.00. Tahun lepas saya pernah membeli produk yang sama di Wisma Saberkas [malangnya hilang, bukan rezekilah tu], harganya masih RM150.00 sahaja.

Walaupun terpaksa berbelanja dua kali untuk satu produk [seakan-akan tak berbaloi], tetapi kerana minat dan keinginan yang membuak-buak, terpaksa gagahkan hati untuk membelinya hehe...

Destinasi kedua, Popular Book Store di BDC. Haha...berebut-rebut pula dengan puteri-puteriku semasa membeli buku. Masing-masing ada pilihan tersendiri. Langkah kanan rupanya. Musim jualan diskaun untuk novel-novel terbaru sedang berlangsung. Senyum lebar dibuatnya. Tanpa banyak bicara, terusku rembat 8 buah novel yang tebal-tebal belaka [sekali ganda lebih tebal dari novel biasa]. Alang-alang ada potongan 25% untuk setiap novel. Congak punya congak, dapat juga berjimat hampir RM50.00 setelah diskaun. Hehe... seronok sakan.

Isteri dan anak-anak tersayang tidak ketinggalan membeli buku kegemaran masing-masing. Malah, Marya yang belum pandai membaca turut membeli sebuah buku, hehe... Hampir RM300.00 melayang di PBS. Tak apa, asalkan bahagia.

Destinasi ketiga, RHB Bank dan Maybank. Faham-faham jelah, bayar 'hutang kereta' dan bil-bil yang pelbagai. Tak semena-mena, Marya mengadu lapar. Patutlah, jam dah menunjukkan pukul 2.00 petang. Apalagi, bergegaslah kami sekeluarga menuju Giant Tabuan Jaya. Seperti biasa, SCR Xpress menjadi pilihan sebab anak-anak suka sangat nasi ayamnya. Nyam-nyam...

Selepas jalan-jalan kejap, kami berempat balik ke rumah. Baru terasa lenguh di kaki. Nak rehat dulu...bye.

Wednesday, January 25, 2012

Gerimis Chinese New Year

Minggu ketiga persekolahan Januari ini masih lagi sibuk. Mesyuarat Kurikulum dan juga Mesyuarat Kokurikulum bersambung-sambung. Itu belum lagi Mesyuarat Pengurusan dan Taklimat Majlis Perwakilan Pelajar Pra-U Semekar [MMPU].

Tumpuan lebih kena diberikan kepada MPPU kerana banyak aktiviti Pra-U tahun ini menyangkut pembabitan aktif MPPU. Unit Akademik dan Unit Penyelidikan juga tidak dipinggirkan memandangkan ia antara nadi Pra-U. Unit Penilaian dan Pentaksiran dan Unit Kemanusiaan mungkin agak kurang bebannya di awal tahun ini.

Memang sibuk dengan segala perancangan memastikan pengurusan Pra-U tahun ini lebih mantap dan lancar berbanding tahun sebelumnya. Mujurlah, saya mempunyai team yang sekepala sehati dan sejiwa. Masing-masing faham dan komited terhadap tugas yang diberikan. Terima kasih....

Sebelum cuti, sibuk menguruskan pengagihan Baucar Bantuan RM200.00 kepada pelajar Pra-U. Juga bertungkus lumus menyiapkan borang KPT6. Biar sibuk dahulu daripada cuti dengan hati yang tidak tenang jika kerja belum beres.

21 Jan: Cuti Tahun Baru Cina bermula. Seperti biasa, rumah pak mertua jadi destinasi utama. Untungnya tidak sesibuk mana kerana segalanya sudah dibereskan [cuma perlu beri 'angpau' kepada mak mertua untuk membeli keperluan menyambut TBC]. Di kampung, TBC disambut sehari lebih awal berbanding di bandar. Jadi hari Sabtu, suasana di rumah pak mertua sudah meriah bila adik-beradik dan ipar duai berkumpul.

Walaupun cuaca tidak menentu, TBC @ CNY tetap meriah. Sanak-saudara datang berkunjung. Tetamu yang terdiri daripada jiran dan kenalan juga tambah memeriahkan suasana. Kedua-dua puteriku, Esther dan Marya gembira bukan kepalang bila menerima angpau dari saudara mara.

25 Jan: Balik ke Kuching setelah beraya di kampung. Terasa rindu pula nak duduk di rumah yang dah 6 tahun dibeli tetapi jarang-jarang berpeluang untuk tinggal lama. Tak ubah bagaikan villa persinggahan sahaja. Maklumlah, beli rumah di tempat lain, bertugas di tempat lain pula. Sempat menerjah gedung membeli-belah Giant Bt10. Lepas tu anak-anak ajak jenguk Kuching Sentral yangbaru sahaja dibuka. Boleh tahan juga, terminal bas berkonsepkan gedung membeli-belah. Walapun belum semua kedai dibuka tetapi suasana tetap meriah. Macam-macam ada.

Esok? Nak gi mana ek? Ikut perancangan nak pergi ke OneTJ. Nak 'menengok' aksesori komputer / laptop ataupun gajet teknologi yang terkini. Lepas tu nak pergi Popular Book Store di BDC, nak menambahkan koleksi buku. Rasanya kalau bercuti tanpa menjenguk kedai buku memang tak sah! Chewahhh...

Apapun, Selamat Tahun Baru Cina kepada semua sahabat handai, rakan-rakan dan pembaca budiman. Semoga tahun naga ini membawa seribu kejayaan buat anda eh...kita semua. Di luar, hujan masih belum berhenti!

Wednesday, January 11, 2012

Catatan Minggu ke-2

Semekar masih lagi dilanda musim hujan. Dalam mood "sejuk", aku cuba menggagahkan diri mengatur langkah meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik bersama-sama rakan seperjuangan yang lain. Memang agak payah menggembalikan mood setelah bercuti, namun itu bukan alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab.

Minggu pertama sibuk dengan pendaftaran pelajar, taklimat dengan guru dan juga pelajar, merancang pelbagai program akademik dan juga aktiviti kokurikulum. Terima kasih kepada semua rakan-rakan pendidik yang telah memberikan kerjasama yang begitu baik. Semoga kerjasama padu dan hubungan yang harmoni ini berkekalan sekaligus dapat menjadikan pengurusan T6 Semekar bertambah mantap. Keberkesanan pengurusan amat penting dalam memastikan kejayaan dalam bidang akademik.

Minggu kedua; aktiviti kokurikulum bermula. Selain penyelidikan, program khidmat masyarakat menjadi pembuka tirai aktiviti kokurikulum tahun ini. Bakal menanti, pelbagai program menarik juga mencabar] telah dirancang akan dilaksanakan dari masa ke semasa.

Tidak ketinggalan, terima kasih juga kepada pelajar-pelajar tersayang yang begitu baik dan memahami karakter mesra pelajar tetapi mudah baran saya[masih terkawal hehe...]. Apapun, aku berharap sangat agar tahun ini tidak ada insiden yang boleh menjejaskan nama baik T6 Semekar. Paling utama, prestasi akademik mesti dipertingkatkan.

Salam mesra....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...