"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Wednesday, January 25, 2012

Gerimis Chinese New Year

Minggu ketiga persekolahan Januari ini masih lagi sibuk. Mesyuarat Kurikulum dan juga Mesyuarat Kokurikulum bersambung-sambung. Itu belum lagi Mesyuarat Pengurusan dan Taklimat Majlis Perwakilan Pelajar Pra-U Semekar [MMPU].

Tumpuan lebih kena diberikan kepada MPPU kerana banyak aktiviti Pra-U tahun ini menyangkut pembabitan aktif MPPU. Unit Akademik dan Unit Penyelidikan juga tidak dipinggirkan memandangkan ia antara nadi Pra-U. Unit Penilaian dan Pentaksiran dan Unit Kemanusiaan mungkin agak kurang bebannya di awal tahun ini.

Memang sibuk dengan segala perancangan memastikan pengurusan Pra-U tahun ini lebih mantap dan lancar berbanding tahun sebelumnya. Mujurlah, saya mempunyai team yang sekepala sehati dan sejiwa. Masing-masing faham dan komited terhadap tugas yang diberikan. Terima kasih....

Sebelum cuti, sibuk menguruskan pengagihan Baucar Bantuan RM200.00 kepada pelajar Pra-U. Juga bertungkus lumus menyiapkan borang KPT6. Biar sibuk dahulu daripada cuti dengan hati yang tidak tenang jika kerja belum beres.

21 Jan: Cuti Tahun Baru Cina bermula. Seperti biasa, rumah pak mertua jadi destinasi utama. Untungnya tidak sesibuk mana kerana segalanya sudah dibereskan [cuma perlu beri 'angpau' kepada mak mertua untuk membeli keperluan menyambut TBC]. Di kampung, TBC disambut sehari lebih awal berbanding di bandar. Jadi hari Sabtu, suasana di rumah pak mertua sudah meriah bila adik-beradik dan ipar duai berkumpul.

Walaupun cuaca tidak menentu, TBC @ CNY tetap meriah. Sanak-saudara datang berkunjung. Tetamu yang terdiri daripada jiran dan kenalan juga tambah memeriahkan suasana. Kedua-dua puteriku, Esther dan Marya gembira bukan kepalang bila menerima angpau dari saudara mara.

25 Jan: Balik ke Kuching setelah beraya di kampung. Terasa rindu pula nak duduk di rumah yang dah 6 tahun dibeli tetapi jarang-jarang berpeluang untuk tinggal lama. Tak ubah bagaikan villa persinggahan sahaja. Maklumlah, beli rumah di tempat lain, bertugas di tempat lain pula. Sempat menerjah gedung membeli-belah Giant Bt10. Lepas tu anak-anak ajak jenguk Kuching Sentral yangbaru sahaja dibuka. Boleh tahan juga, terminal bas berkonsepkan gedung membeli-belah. Walapun belum semua kedai dibuka tetapi suasana tetap meriah. Macam-macam ada.

Esok? Nak gi mana ek? Ikut perancangan nak pergi ke OneTJ. Nak 'menengok' aksesori komputer / laptop ataupun gajet teknologi yang terkini. Lepas tu nak pergi Popular Book Store di BDC, nak menambahkan koleksi buku. Rasanya kalau bercuti tanpa menjenguk kedai buku memang tak sah! Chewahhh...

Apapun, Selamat Tahun Baru Cina kepada semua sahabat handai, rakan-rakan dan pembaca budiman. Semoga tahun naga ini membawa seribu kejayaan buat anda eh...kita semua. Di luar, hujan masih belum berhenti!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...