"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Lalau Pengidup

KES 2
China tahan pelajar kita bawa dadah

Oleh Safeek Affendy Razali
bhnews@bharian.com.my
2011/04/20
Kekasih warga Afrika dipercayai perdaya mangsa

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kejururawatan sebuah kolej swasta di Damansara di sini, Merrylyn Chandra Saput ditahan pihak berkuasa China di lapangan terbang wilayah Shenzen, Rabu lalu, selepas menemui dadah dalam beg tangannya.
Merrylyn, 22, pelajar tahun tiga dipercayai diperdaya seorang lelaki kulit hitam di sini yang menjadikan mangsa sebagai teman wanitanya sebelum memperalatkannya sebagai keldai dadah. Seperti ramai mangsa sebelum ini, Merrylyn juga dipercayai ditawarkan pakej percutian ke China.

Ibu mangsa, Sibah Tom, 41, yang tinggal di Rumah Panjang Betong, Sri Aman, Sarawak, berkata beliau dan suami menerima surat daripada pihak berkuasa Shenzen, minggu lalu.

“Kami tidak jelas kandungan surat itu kerana ditulis dalam bahasa Cina.
“Bagaimanapun, apabila menghubungi rakan kolejnya di Kuala Lumpur, kami dimaklumkan Merrylyn menghubunginya selepas ditahan pihak berkuasa China kerana kesalahan dadah.
“Hasil siasatan lanjut, kami dapati dia tidak hadir ke kelas sejak 10 April lalu. Saya dan suami terkejut apabila dimaklumkan dia ditahan di China dan berharap kerajaan akan membantu menyelamatkannya,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Merrylyn kali terakhir pulang ke kampung halaman ketika Tahun Baru Cina pada Februari lalu.

Bapanya, Sapat Singku, 46, berkata kali terakhir beliau menghubungi anaknya pada 9 April lalu.

“Selepas itu, kami cuba menghubunginya beberapa kali tetapi gagal sehingga dimaklumkan mengenai penahanannya.

“Saya sangat berharap ada pihak membantu kami bagi mendapatkan keadilan untuknya,” katanya.

Beliau percaya Merrylyn yang memulakan pengajian pada 2009 dan dijangka tamat Mac tahun depan menjadi mangsa penipuan seorang lelaki kulit hitam berdasarkan maklumat daripada kawannya.

Jaku Tangkan: Ngarapka bala kitai bansa belajar ari pekara baka tu. Naka ulih meh bejaga diri, nyeliahka diri ari pekara ti enda mai kelebih agi maya bejalai ba menua orang.....



KES 1
Utusan Online
ARKIB : 15/07/2010
Pelajar Iban dikhuatiri jadi keldai dadah
KUALA LUMPUR 14 Julai - Seorang pelajar wanita berketurunan Iban dilaporkan hilang dan dipercayai berada di China sejak Mei lalu, selepas mengikut teman lelakinya yang merupakan warga Afrika ke negara itu.

Cristina anak Luke Niju , 22, dikhuatiri dijadikan keldai dadah oleh teman lelakinya yang hanya dikenali sebagai James.

Mangsa yang lebih mesra dikenali sebagai Corry merupakan pelajar jurusan pengurusan perniagaan sebuah politeknik di Kuching, Sarawak.

Corry dipercayai mengenali James, yang mendakwa dirinya seorang pelajar kolej di Subang Jaya menerusi satu laman web sosial awal tahun ini.

Kehilangan Corry dimaklumkan kepada ibu bapanya, Luke Niju anak Panjang dan Elpedia Metello oleh rakan sebilik mangsa yang dikenali sebagai Yanti pada 2 Mei lalu.

Difahamkan, Corry telah pergi ke Kuala Lumpur pada 28 April untuk bertemu James sebelum mereka kedua-dua mereka berlepas ke China sehari kemudian.

Corry sempat menghubungi Yanti kali terakhir pada 10 Mei lalu, menerusi satu e-mel, menyatakan dia berdepan masalah dan tidak mempunyai wang untuk pulang ke Malaysia.

Dalam e-mel itu, Corry dalam nada cemas, memberitahu bahawa teman lelakinya meninggalkannya keseorangan di situ selepas menerima sejumlah wang besar daripada seorang kenalan.

Selepas dua bulan tiada perkembangan mengenai Corry, kegusaran ibu bapa mangsa mendorong mereka untuk terbang jauh dari Sandakan, Sabah ke ibu negara, bagi mendapatkan bantuan Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong.

Menurut Luke Niju, Corry ada memaklumkan mengenai pemergiannya ke China tetapi dia dan isteri diberitahu bahawa ia merupakan lawatan anjuran persatuan politeknik.

"Saya ada mengirimkan sijil beranak seperti yang dimintanya ke Kuching kerana dia mahu buat pasport.

"Tetapi saya juga hairan kenapa dia tidak meminta apa-apa wang daripada kami untuk bayaran membuat pasport dan perbelanjaan lawatannya," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Tambah Luke Niju, anak perempuannya itu sepatutnya menamatkan pengajian selama tiga tahun pada hujung bulan ini dan pulang ke Sandakan.

"Saya dan isteri langsung tidak tahu dia mempunyai teman lelaki warga Afrika, kalau tidak sudah awal kami menghalangnya.

"Kami sangat bimbang apa-apa perkara buruk yang terjadi terhadap Corry di China. Dalam dua bulan ini, langsung tiada berita daripadanya," ujarnya sebak.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...