"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Sunday, December 11, 2011

Masalah Kewangan







Pening!





Memang membuntukan. Walaupun gaji naik setiap tahun [bagi yang berkerja kerajaan / swasta] tetapi masalah kewangan masih menyesakkan fikiran. Masih lagi belum mencukupi. Malah, sukar sekali untuk menabung! Kenapa?


Berikut ialah secebis saranan yang mungkin boleh kita praktikkan untuk mengurangkan beban masalah kewangan.


1. Buat anggaran belanja yang paling sesuai dengan pendapatan serta keperluan anda.

- Belanjakan wang sebijak mungkin dan elakkan dari membeli barang yang tidak perlu atau mengatasi kemampuan kita.


2. Catat aliran keluar wang kita agar kita tahu kemana atau untuk apa wang kita dibelanjakan.

-Ini memudahkan kita menganalisis kewajaran perbelanjaan kita sama ada kita telah berbelanja untuk keperluan atau ikut nafsu.


3. Tetapkan jumlah simpanan [walau sekecil manapun jumlahnya] dan simpan terus di bank agar kita tak "terbelanja" wang tersebut.

- Bagi kita yang berpendapatan sederhana, amat susah untuk mendapat lebihan perbelanjaan. Oleh sebab itu, wang untuk tabungan wajar diasingkan bagi memastikan kita menabung secara tetap setiap bulan.


4. Latih anak-anak untuk menghargai nilai wang [sematkan sikap berjimat cermat].

- Elakkan terlalu memanjakan anak-anak dengan wang ringgit.


5. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh "menghilangkan" wang dalam sekelip mata seperti berjudi, bertaruh dan skim cepat kaya.

- Selain salah di sisi agama dan undang-undang, menjebakkan diri dalam perbuatan di atas boleh menyebabkan kita muflis dalam sekelip mata.


6. Buat inisiatif untuk menambahkan pendapatan [bagi yang mempunyai pekerjaan tetap atau suri rumah].

- Sekiranya anda berbakat dalam masakan, cubalah berjual secara-kecil-kecilan. Bagi yang mahir dalam dunia internet, buatlah sesuatu yang boleh mendatangkan keuntungan. Sekurang-kurangnya meringankan beban suami / keluarga.


Walau bagaimanapun, jika masalah kewangan anda masih sukar diperbaiki, berusahalah untuk bersikap positif. Terima seadanya [teruskan berusaha] dan jangan sekali-kali melibatkan diri dengan ALONG!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...