"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Wednesday, December 7, 2011

Terima Kasih Kerajaan





Petang tadi saya dimaklumkan oleh seorang pelajar [adiknya satu sekolah dengan anak sulung saya], esok adalah hari penyampaian wang bantuan persekolahan berjumlah RM100 di sekolah mereka.

Hati kecilku berbisik penuh syukur. Rezeki anak. Terima kasih kepada kerajaan yang nampaknya begitu bersungguh-sungguh mengurangkan beban ibu [dari aspek pendidikan]. Yuran sekolah semuanya dimansuhkan, kemudian pelajar diberi bantuan RM100 tanpa mengira kaum, agam dan kewangan ibu bapa.

Nampaknya, di permulaan musim persekolahan 2012, ibu bapa boleh tersenyum dan berlapang dada. Jika dibelanjakan dengan berhemah, RM100 itu mampu untuk membeli keperluan paling asas persekolahan iaitu pakaian seragam, kasut, stoking, beg dan alat tulis. Itupun jika pelajar atau ibu bapa tidak terlalu mementingkan jenama. Jika barangan branded menjadi pilihan, RM500 pun belum tentu mencukupi.

RM100 mungkin tidak ada nilainya bagi ibu bapa yang berpendapatan tinggi, tetapi bagi ibu bapa yang tidak ada sumber pendapatan tetap, RM100 sangat bernilai. Bayangkan, jika ibu bapa yang pendapatannya di bawah paras miskin, mempunyai dua atau tiga orang anak yang masih bersekolah. Tanpa bantuan ini, sudah pasti beban yang dipikul amatlah berat. Syukur, kerana kita mempunyai kerajaan yang begitu prihatin. Jika ibu bapa mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah, bermakna mereka mendapat RM300. Amat memadai untuk memulakan persekolahan.

Walau bagaimanapun, besar harapan kita agar wang tersebut digunakan untuk tujuan persekolahan [boleh disimpan di dalam tabung anak-anak bagi keluarga yang mampu]dan bukannya digunakan oleh ibu bapa untuk tujuan lain [selagi tidak begitu terdesak]. Memang telah dimaklumkan hasrat murni kerajaan mengagihkan wang tersebut adalah untuk persekolahan anak-anak. Kita tidak mahu ada ibu bapa yang menyalahgunakan wang tersebut untuk kepentingan diri.

Bukan tujuan untuk berkempen, tetapi saya merasakan ibu bapa di seluruh negara wajar mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. Sekurang-kurangnya, bantuan tersebut mampu mengurangkan beban kewangan ibu bapa atau keluarga yang memerlukan.
Sekadar pendapat peribadi penulis.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...