"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Saturday, May 5, 2012

Guru dan Transformasi

Bidang pendidikan di Malaysia mengalami transformasi yang hebat sejak akhir-akhir ini. Terbaru, Sistem Terminal yang digunakan di peringkat STPM sebelum ini akan berakhir hujung tahun ini. Pelajar Tingkatan Enam Atas yang ada sekarang merupakan kohort terakhir di bawah Sistem Terminal. Kemasukan pelajar Tingkatan Enam Bawah 8 Mei ini akan menandakan bermulanya sistem baru yang akan digunakan di peringkat STPM iaitu Sistem Pentaksiran Baharu STPM. Sesuai dengan panggilan Pra-Universiti, maka sistem baharu ingin mengaplikasikan sistem pembelajaran ala universiti; kuliah, tutorial, kerja projek, amali merupakan unsur yang diamalkan di peringkat Pra-U. Sukatan pelajaran untuk semua subjek juga dirombak berdasarkan modul. Peperiksaan awam berpusat juga akan dijalankan pada setiap hujung semester. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, guru-guru kena lebih mahir dalam penggunaan IT. Guru-guru harus menguasai penggunaan komputer dan internet serta gajet-gajet teknologi yang lain. Dengan kata lain, guru harus 'mendahului' pelajar dalam aspek pengetahuan dan kemahiran. Malu juga rasanya jika pelajar lebih 'pakar' berbanding kita.
Contoh paling mudah, takkan seorang guru itu tidak mampu menggunakan aplikasi Microsoft Word dan Powerpoint, dua aplikasi yang sangat penting dalam meningkatkan keberkesanan proses P&P. Ataupun, alangkah sedihnya jika seseorang guru itu tidak tahu cara untuk mencari bahan di Google. Itu belum lagi, semua markah peperiksaan dan kerja kursus yang perlu di hantar secara online sekarang ini. Malah, pelbagai maklumat sekolah dan guru juga perlu diisi secara online, e-Operasi misalnya. Transformasi ini merupakan satu cabaran yang perlu kita hadapi sama ada kita sebagai warga pendidik suka atau tidak. Bukan merendah-rendahkan mereka yang masih terkial-kial menggunakan komputer, tetapi inilah realitinya. Jadi, terimalah ini sebagai satu cabaran untuk kita memperbaiki diri dan menambahkan pengetahuan mahupun kemahiran kita. Beranikanlah diri untuk mencuba sesuatu yang mungkin asing bagi kita. Sekali dua mungkin banyak salah dan silapnya. Bukankah itu proses pembelajaran? Banyak kesilapan bermaksud banyak lagi yang kita telah pelajari. Betul tak?
Saya sendiri tidak pernah belajar secara formal berkenaan komputer mahupun IT. Semuanya dipelajari sendiri secara cuba sedikit demi sedikit. Sekurang-kurangnya dapatlah membantu dalam proses P&P. Bagi yang berminat menggunakan powerpoint, anda boleh melawat ke sini untuk mendapatkan background slide yang menarik. Percuma, anda boleh memilih yang mana berkenan di hati. Semoga P&P anda menjadi lebih menarik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...