"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Thursday, January 26, 2012

Alkisah shopping

Hujan masih renyai ketika kami sekeluarga meninggalkan rumah. Semangat nak membeli 'idaman hati' katakan.

Destinasi pertama 1TJ di BDC. Malangnya, pusat membeli-belah yang menawarkan banyak pilihan aksesori komputer masih banyak yang belum dibuka. Tak sampai 10 buah kedai yang sudah beroperasi. Walau bagaimanapun, sempat juga membeli Logitech Wireless Presenter R400 berharga RM169.00. Tahun lepas saya pernah membeli produk yang sama di Wisma Saberkas [malangnya hilang, bukan rezekilah tu], harganya masih RM150.00 sahaja.

Walaupun terpaksa berbelanja dua kali untuk satu produk [seakan-akan tak berbaloi], tetapi kerana minat dan keinginan yang membuak-buak, terpaksa gagahkan hati untuk membelinya hehe...

Destinasi kedua, Popular Book Store di BDC. Haha...berebut-rebut pula dengan puteri-puteriku semasa membeli buku. Masing-masing ada pilihan tersendiri. Langkah kanan rupanya. Musim jualan diskaun untuk novel-novel terbaru sedang berlangsung. Senyum lebar dibuatnya. Tanpa banyak bicara, terusku rembat 8 buah novel yang tebal-tebal belaka [sekali ganda lebih tebal dari novel biasa]. Alang-alang ada potongan 25% untuk setiap novel. Congak punya congak, dapat juga berjimat hampir RM50.00 setelah diskaun. Hehe... seronok sakan.

Isteri dan anak-anak tersayang tidak ketinggalan membeli buku kegemaran masing-masing. Malah, Marya yang belum pandai membaca turut membeli sebuah buku, hehe... Hampir RM300.00 melayang di PBS. Tak apa, asalkan bahagia.

Destinasi ketiga, RHB Bank dan Maybank. Faham-faham jelah, bayar 'hutang kereta' dan bil-bil yang pelbagai. Tak semena-mena, Marya mengadu lapar. Patutlah, jam dah menunjukkan pukul 2.00 petang. Apalagi, bergegaslah kami sekeluarga menuju Giant Tabuan Jaya. Seperti biasa, SCR Xpress menjadi pilihan sebab anak-anak suka sangat nasi ayamnya. Nyam-nyam...

Selepas jalan-jalan kejap, kami berempat balik ke rumah. Baru terasa lenguh di kaki. Nak rehat dulu...bye.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...