"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Saturday, January 28, 2012

Memandu: Elak Ngantuk!

Huhu...perjalanan yang memenatkan. Memandu selama 4jam memang agak memenatkan, tetapi seronok. Mata begitu sporting, langsung tak ngantuk. Esther dan Marya pun tidak beradu macam biasa. Si kecil Marya biasanya pantang naik kereta, tak sampai setengah jam, pasti terlentok. Sah-sah kami gelar dia RATU... bukan ratu apa tapi Ratu Tidur hehe...

Hari ini, jumlah kereta agak sederhana banyaknya. Sebab tu, aku sempat curi-curi pandu laju [tak baik tauuuu!]. Kena road block baru padan muka.

Berikut ialah tips elak ngantuk masa memandu yang aku amalkan selama ini [selain berdoa];

1. Dengar muzik. Kalau mata ngantuk, pasanglah lagu yang catchy rentaknya. Nescaya mata akan segar. Elakkan mendengar lagu sendu yang mendayu, risau pula terlena dibuatnya.

2. Minum air setiap kali terasa ngantuk. Selain air putih, aku suka minum air yang agak masam rasanya seperti oren atau ais lemon-t [tin]. Jangan minum banyak, nanti elak ngantuk dapat kencing manis pulak. Bagi saya, setin cukup untuk perjalanan 4-5 jam.

3. Basuh muka jika terasa ngantuk. Pasti segar hehe...

4. Rehat sebentar. Keluar dari kereta, regangkan urat dan hirup udara segar [jangan pula berehat berdekatan kawasan pembuangan sampah].

5. Berborak. Itupun jika co-pilot atau para vip yang menjadi penumpang tidak lena menganyam mimpi.

6. Gunakan eye-mo untuk menyegarkan mata. Sepanjang pemanduan, mata kita mudah kering dan terdedah kepada cuaca panas [biasan dari cermin kereta]. Eye-mo mampu melegakan mata.

7. Akhir sekali, saya suka makan makanan ringan jika memandu untuk perjalanan yang panjang. Memang gerenti mata segar sepanjang masa.

Itu cara saya. Setiap orang ada cara masing-masing. Apapun caranya, pastikan pemanduan anda selamat. Wacaaa....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...