"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Thursday, February 17, 2011

About MZ4U

MerujiZone4u

MerujiZone4u merupakan sebuah laman blog yang baru beroperasi sekitar pertengahan bulan Januari 2011. Blog ini adalah ilham yang tercetus daripada rasa kagum akan blog-blog yang sedia ada. Saya begitu tertarik dan teruja bila mengunjungi blog-blong terutama yang menarik.

Malangnya, keinginan mencipta blog sendiri terhalang oleh daif dan dangkalnya saya tentang dunia blog. Mencipta blog? Pengetahuan saya tentang mencipta blog amat cetek malah boleh dikatakan tidak ada langsung. Jadi, saya rasa impian untuk memiliki blog sendiri ibarat angan-angan mat jenin.

Namun, kesungguhan untuk memiliki blog sendiri membuatkan saya berusaha mengorek pengetahuan tentang mencipta blog dari internet. Bukan sekali, malah berpuluh kali saya lakukan kesilapan sehingga kadang-kala saya buntu.

Berkat usaha tidak mengenal putusan asa akhirnya lahirnya blog saya yang pertama iaitu KERANJAI [http://taman95.blogspot.com]. Namun, kerana kurangnya pengetahuan, laman blog ini terpaksa saya tutup dan digantikan dengan MERUJIZONE4U.

MERUJIZONE4U menerbitkan rasa gembira yang bukan kepalang dalam diri saya. Walaupun masih banyak kelemahan di dalamnya, namun saya tetap bangga dengan kejayaan sulung saya ini. Saya berazam untuk meningkatkan pengetahuan tentang duni blog sekaligus memperbaiki blog saya dari masa ke semasa dengan pengisian yang padat dan berinformasi kepada pembaca.

Untuk makluman, blog ini adalah blog bercorak akademik/peribadi. Kepada para pengunjung, terima kasih banyak-banyak diucapkan kerana sudi singgah di teratak saya ini. Kepada pengunjung yang sudah pakar dalam selok-belok dunia blog, bantuan dan saranan anda amat dialu-alukan. Semoga motto MERUJIZONE4U iaitu Nyingkang Nuju Pemansang dapat dikongsi dan direalisasikan bersama pembaca semua.
Sekian, terima kasih.

Nyingkang Nuju Pemansang
Apai S-tamarya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...