"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Wednesday, February 23, 2011

STPM Kita yang TERBAIK?


Foto: Program Permuafakatan; Usaha ke arah mencapai kecemerlangan akademik...


Keputusan STPM sudahpun keluar. Siapa yang lulus dan siapa yang gagal semuanya sudahpun diketahui. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Bagi pelajar yang lulus pastinya rona ceria menghiasi aura wajah. Bagi yang pencapaiannya agak kurang memuaskan pula, sudah pasti dilanda duka nestapa. Apapun, semuanya sudah berlaku.

Kepada pelajar yang berjaya, tentunya sibuk merencana haluan masing-masing, memilih IPTA yang sesuai ataupun sibuk menjinjit sijil mencari pekerjaan. Selingkar nasihat saya, buatlah pilihan yang bijak dan keputusan yang tepat. Saya tidak mahu anda menyesal dikemudian hari.

Kepada pelajar yang keputusannya kurang baik atau gagal, usahlah berputus asa. Kegagalan ini bukanlah mutlak. Kegagalan adalah proses menuju kejayaan. Anda bukan gagal tetapi anda sedang belajar, belajar memperbaiki diri. Orang yang gagal adalah mereka yang mudah mengalah, jatuh dan tidak berusaha untuk bangkit. Justeru, bangkitlah! Usah mengalah. Peluang untuk berjaya terbentang di depan sana....

Sekalung tahniah kepada pihak pengurusan sekolah dan juga guru-guru tingkatan 6 SMKK. Sokongan, usaha dan kerjasama andalah yang telah membolehkan kita mencatat kejayaan hari ini. Meskipun pada pandangan orang lain kejayaan kita ini tidak seberapa, tetapi kita berhak meraikan kejayaan ini. Kejayaan ini adalah lambang penat lelah dan usaha kita selama ini. Jika di tahun 2009 kita hanya mampu mencapai kelulusan sebanyak 78.69% tetapi hari ini peratus lulus keseluruhan sekolah kita adalah 93.75%. Ini merupakan pencapaian terbaik kita sejak tahun 2006. Bukankah itu sebuah kejayaan manis hasil kolaborasi kita semua?

Walau bagaimanapun, alangkah indahnya jika peningkatan % kelulusan ini disertai oleh peningkatan kualiti pencapaian pelajar. Pasti ia menjadi kejayaan paling manis kita semua. Justeru, sudah semestinya tahun 2011 ini lebih mencabar. Kita perlu mempertahankan peratus kelulusan di samping meningkatkan kualiti pencapaian pelajar. Saya percaya kita boleh. Justeru, saya mohon kita gandakan lagi usaha, perbaiki perancangan atau strategi dan mantapkan lagi kerjasama antara kita. Buangkan jauh-jauh sikap melepas batuk di tangga.

Ingatlah, tugas kita sebagai guru adalah tugas maha suci dan tanggungjawab maha besar. Jatuh bangun pelajar dan nama baik pengurusan Tingkatan Enam serta nama sekolah kita terletak di pundak kita. Terima kasih semua........

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...