"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Friday, February 18, 2011

Sejarah Berulang; Rumah Waja jadi JUARA

Kejohanan Olahraga Antara Rumah-Rumah Sukan SMKK 2011 sudahpun melabuhkan tirainya hari ini. Segala penat lelah, pahit maung penganjur, guru-guru, kakitangan bukan guru, atlet dan tepuk sorak para penyokong sudahpun berakhir.

Rumah WAJA sekali lagi mengulangi sejarah tahun lepas dengan menjadi JUARA KESELURUHAN, jauh meninggalkan Rumah Gen-2 [kedua], Rumah Perdana [Ke-3] dan Rumah Satria [Ke-4] dari segi pungutan mata.

Rumah Gen-2 tidak kurang hebatnya. Strategi guru rumah Gen-2 seakan-akan menjadi bila mereka berjaya merapatkan kedudukan sehingga mencemaskan pasukan Rumah Waja. Namun, sesuai dengan nama pasukan, atlet Rumah Waja tetap bersemangat berjuang meninggalkan Rumah Gen-2.

Kejayaan pasukan Rumah Perdana memungut 3 emas dalam acara 4x400 meter [acara terakhir yang dipertandingkan] turut menggusarkan seteru terdekatnya iaitu Rumah Gen-2. Namun, rezeki belum berpihak kepada Rumah Perdana bila Rumah Gen-2 terus mara meninggalkan mereka.

Walau bagaimanapun, tabik seharusnya diberikan kepada Rumah Satria. Meskipun menduduki tempat terakhir, pencapaian mereka tahun ini amat membanggakan terutama dari segi kutipan pingat emas. Kekalahan Rumah Satria adalah kekalahan bermaruah!

Tahniah kepada adik Brenda Baja [Olahragawati] dan adik Jeffson Jana [Olahragawan] SMKK 2011. Syabas kepada semua atlet yang bertanding.

Terima kasih semua...air mata dan keringat yang mengalir adalah lambang semangat juang yang tinggi. Syabas kepada mereka yang terpilih mewakili sekolah ke MSS Bahagian Betong. Kepada atlet yang kurang berjaya, cuba lagi dan cuba lagi. Jumpa lagi di KOARS 2012!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...