"Orang Iban sememangnya master of language kerana mereka pandai menggunakan bahasa di setiap baris ayat, mencipta dan membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi seperti yang digunakan dalam poem dan prose Bahasa Inggeris" Prof Derek Freeman, pengkaji bahasa Iban.

Monday, February 28, 2011

Rahsia di sebalik Bulan Kelahiran!!!

Selamat sejahtera dan salam pertemuan buat semua pembaca yang budiman. Pernahkah kita terfikir bahawa Bulan Kelahiran mencerminkan peribadi kita? Nah! Apa tunggu lagi, jom kita singkap RAHSIA PERIBADI kita berdasarkan bulan kelahiran. Pembaca juga boleh mengetahui ‘rahsia’ seseorang terutamanya orang yang kita sayang [pasangan kita]. Mudah-mudahan kita dapat mengenali kekuatan dan kelemahan diri mahupun pasangan kita dan berusaha untuk memperbaikinya.

Januari
Sifat positif

- Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
- Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
- Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
- Pandai mengambil hati orang lain.
- Mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi
- Mudah mendisiplinkan diri sendiri
- Cukup sayang pada kanak-kanak
- Setia pada segala-galanya
- Berfikiran dalam

Sifat negatif
- Sifat cemburu yang sangat tinggi
- Perlu belajar kemahiran bersosial
- Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya
- Agak pemalu, sensitif dan pendiam
- Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik

Februari
Sifat positif

- Sukakan benda yang realiti dan abstrak
- Bijak dan pintar
- Mudah menawan orang lain
- Jujur dan setia pada segalanya.
- Keras hati untuk mencapai matlamat
- Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan
- Suka kegiatan yang lasak
- Sangat berani
- Pemerhatian yang tajam
- Suka hiburan / seni dan sukan

Sifat negatif
- Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- Berkecenderungan pada benda yang tahyul
- Mudah memberontak terutama apabila dikongkong
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
- Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif [mempamerkan amarah]
- Pemalu, agak pendiam dan rendah diri

Amacam, secocok tak sifat yang tertera dengan sifat diri anda? Apapun, secara jujurnya hanya anda yang mengenali siapa anda yang sebenarnya. Sampai berjumpa lagi di keluaran akan datang [putera-puteri kelahiran Mac dan April]. Sumber: angelfire.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...